Mataku tertumpu ke arah dia yang sedang duduk di hadapan tok kadi. Dia yang bernama Fareez, tunang Farah dan bakal menjadi suami aku dalam beberapa minit dari sekarang. Aku pandang dia, aku tenung wajahnya. Aku teliti setiap inci wajahnya dari tepi. Wajahnya kelihatan tenang sekali seakan-akan tidak ada apa yang sedang berlaku. Pelik. Dia ni tak ada perasaan ke? tak tahu ke tunang dia dah cabut lari? Aku pula yang rasa berdebar nak mampus kat sini. Seperti dia seakan-akan perasan aku sedang memerhatikanya, sekali dia menoleh ke arahku dan memberi senyuman.
Gulp! Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke arah jariku. Tergamam aku seketika dengan senyumannya yang menawan dengan paras wajah yang boleh membuatkan para wanita jatuh pengsan kecuali aku. Aku bukan tertawan tapi hairan sebab dia boleh lagi tersenyum. Nak saja aku cakar-cakar muka dia. Dia tak tahu ke yang kejap lagi dia nak lafaz nikah atas nama Aina Sofea bukan Nur Farahain. Dah tak betul ke mamat ni lepas Farah tinggalkan dia. Bisikku dalam hati lagi.
Terasa bahuku disentuh. Aku menoleh dan melihat Nenda tersenyum sambil menunjuk ke arah di hadapanku. Seraya aku menoleh, terkebil-kebil aku seketika apabila melihat Fareez sudah duduk di hadapanku. Bila masa dia ada dekat aku? Bukan tadi dia depan tok kadi ke? Bila masa dia lafaz akad nikah? Tak dengar pun.
"Saya nak solat sunat berjemaah dengan pengantin perempuan" rahangku jatuh. Biar betul dia ni. Main terjah saja. Macam mana kalau aku bendera merah hari ini? Confirm kau dah buat aku malu depan semua orang!
"Awak dah ada wudhu?" sambungnya lagi. Aku sekadar menganggukkan kepala. Nasib baik awal-awal Nenda dah pesan untuk ambil wudhu, supaya muka nampak berseri. Seraya itu dia melangkah ke bilik solat yang berada berdekatan dengan ruang tamu. Aku hanya mengikutnya dari belakang. Macam dia je tuan rumah.
Usai menunaikan solat sunat nikah. Kami kembali ke ruang tamu untuk sesi menyarung cincin. Aku duduk di atas pelamin kecil sementara Fareez duduk di depan ku. Aku melihat saja dia menarik keluar cincin dari bekas dan dihulurkan tangannya untuk meminta tangan kananku.
"Ain, hulur tangan kamu" Aku hanya menurut arahan dari Nenda. Fareez mula menyarungkan cincin di jari manis ku. Alaaa~ cincin emas kuning, macam taste makcik-makcik je. Aku tak suka. Kan cantik kalau emas putih. Sempat lagi aku mengkritik cincin yang sudah tersarung itu.
"Salam tangan suami kamu tu Ain" kedengaran suara Nenda. Lantas aku salam tangan Fareez. Seraya aku mengankat muka, sekali lagi aku tergamam apabila terasa satu ciuman di dahi ku. Kemudian beralih ke pipi kiri dan kanan. Serentak air mata mengalir tanpa dipinta. Mengalir kerana apa? Aku pun tak tahu. Belum sempat aku mengelap air mataku, terasa jari kasar Fareez sudah memgusapnya dengan lembut.
"Jangan nangis nanti orang pikir awak kena paksa kahwin dengan saya pulak" Bisiknya dengan nada yang lembut. Memang kena paksa pun! Jawap ku di dalam hati. Mengganggu emosi betul. Baru aku pikir nak jadi pelakon air mata dan dia buat spoil.
"Amboi pengantin, jangan gelojoh, malam masih ada" terdengar suara nakal yang mengusik dan menyebabkan suasana yang sunyi tadi menjadi riuh rendah.
Mataku terus melirik ke arahnya. Kelihatan matanya juga sedang menikam ke arah ku. Terpesona aku seketika. Tiba-tiba terasa satu perasaan yang asing menusuk ke hati ku. Kata orang dari mata turun ke hati. Namun cepat-cepat aku hapuskan semua itu. Aku bukan pilihan hatinya.
"Sudah-sudahlah main tenung-tenung tu, masa untuk bergambar pula" kedengar suara lain yang mengusik kami lagi. Aku lihat Fareez hanya tersenyum. Aku hanya menunduk malu. Terasa muka ku membahang. Haaa pandai pun malu.
Fareez menurut saja dan mengambil tempat duduk disebelahku. Mataku sempat melirik ke arahnya. Bukan main bahagia saja muka kau eh! Ingat tunang lah woooi!
***
Selasai majlis, aku terus naik ke bilik. Rimas. Terasa melekit satu badan dengan peluh. Tambahan pulak make up yang membuatkan muka ku rasa berminyak. Pelahan-lahan aku cabut 'crown' yang melekat di atas kepala. Kemudian tanggalkan shawl yang berlilit di kepala dan aku campak di atas katil. Tuala aku capai dan terus menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Selesai mandi, aku yang berkemban paras lutut terus keluar dari bilik mandi menuju ke meja solek sambil mengeringkan rambut. Losen yang tersusun di atas meja solek aku capai.
"Arghhhhhh!!" terperanjat aku melihat apabila Fareez berada di dalam bilikku. Kelam kabut aku berlari ke katil dan masuk dalam comforter.
"Siapa suruh awak masuk? Apa awak buat dalam bilik saya? Macam mana awak boleh masuk? Keluar!" Jeritku dan sempat aku mencampakkan batal ke arah nya tapi dengan pantas dia sambil bantal itu.
"Cool down girl" cool otak hang! Bibir aku ketap dengan geram saat ni. Sabar Ain, kan sabar itu separuh dari iman. Aku cuba tenangkan hati sendiri.
"Nenda suruh saya bagitahu awak, yang awak kena follow saya pergi hotel" sambung Fareez lagi tenang sambil melangkah duduk di sofa yang berada di hadapan katil.
"Hotel?" Aku angkat kening sebelah.
"Our reception, remember?"
"Arghh! Malasnya" Aku merungut perlahan.
"So get ready cepat, kita gerak lepas asar" pinta Fareez tanpa riak. Wajahnya tenang.
"Awal sangat kot?" Ye lah. Yang aku tahu majlis resepsi mula 8 malam nanti. Buat apa nak pergi awal? soalku dalam hati.
"check in dulu" Jawap Fareez pendek.
"Huh?" Mata aku kecilkan tanda otak keliru. Dia meraup wajahnya yang cerah kini sudah bertukar merah sedikit. haaa! nak marahlah tu.
"Boleh tak kita sambung lepas ni. Saya nak solat asar dulu" pintanya sambil meraup wajahnya seraya bangun dari tempat duduknya.
"kita jemaah sama" sambung Fareez dengan muka selamba. Tanpa menunggu jawapanku dia terus melangkah menuju ke bilik air. Aikk! Aku ternganga dua saat. Satu sebab dia tak jawap soalan aku. Kedua sebab aku pelik macam mana dia boleh tahu dekat mana bilik mandi dalam bilik aku. Pelik.
***
Malamnya pula diteruskan dengan majlis resepsi berlangsung di hotel terkemuka yang aku lupa namanya. Kami berdua beriringan berarak masuk ke dalam dewan yang bertemakan garden. Mula-mula memang terasa menggelatar juga kaki. Apatah lagi kena jadi bahan perhatian orang ramai. Lampu-lampu kamera tak berhenti mengambil gambar kami. Terpaksa aku control ayu. Aku melirirk ke arah Fareez. Riak wajahnya tidak pernah lekang daripada melemparkan senyuman. Wajahnya begitu tenang sekali. Pandai dia berlakon. Bajet cool lah tu.
Selesai sahaja upacara menepung tawar, kami beralih pula ke acara makan beradab. Pelbagai lauk-pauk yang dihidangkan. Memang terbungkang biji mataku. Udang galah! Kegemaran aku tu. Aku siku tangan orang sebelah. Spontan orang sebelah angkat kening.
"Nak tu" Bisikku sambil mulutku muncung menunjuk ke arah sepinggan sambal udang galah yang terhidang di depannya
"Udang?" Pantas aku mengiyakan
"Saya tak makan udang" So? Aku angkat kening sebelah.
"Bukan untuk awak tapi saya"
"Oh"
Ohh? Boleh pulak dia jawap ohh je. Tak habis-habis dengan gaya bajet cool dia yang entah apa-apa tu.
Namun dia sendukkan juga udang galah tersebut lalu di dalam pinggan ku. Bukan satu bukan dua tapi tiga. Memang sengaja nak buat aku malu budak Fareez ni. Tapi aku tetap tersenyum. Terpaksa okay. Udang galah tersebut aku renung dua tiga saat sebelum aku cuba untuk mengopek kulitnya dengan menggunakan sudu dan garfu. Terkial-kial juga aku sebab aku memang lemah dalam bab kopek-mengopek ni. Nak pakai tangan tapi malu pula. Nak minta tolong dekat siapa ni. Aku toleh kiri, papa tengah rancak berbual dengan mama. Aku toleh kanan, tergamam aku melihat Fareez sedang mengopek kulit udang. Guna tangan pulak tu. Biar betul. Tadi cakap tak makan udang. Kemudian dia letakkan udang yang sudah terkopek kulitnya ke dalam pinggan ku. Dia ambilnya lagi udang galah kedua dan dilakukannya benda yang sama.
"Terima kasih" Lalu dengan senang hati aku menyuap udang yang telah dikopek.
"Kasih diterima" jawapnya dengan selamba.
Erk? Tersedak aku dibuatnya. Nasib baik aku tak mati tercekik. Kalau tak, jadi duda berhias kau Fareez! eh ada ke? Cepat-cepat aku cakai gelas yang dihulurkan oleh Fareez sambil aku beri pandangan gurauan-kau-tak-kena-tempat. Senang kata pandangan sinislah. Dan dia tetap dengan muka selamba. Eee.. geramnya aku!
"Makan pelahan-pelahan Ain. Jangan gelojoh sangat. Sopan sikit. Awak tu pengantin" Terdengar suara Puan Sri Zaleha memberi nasihat. Aku ketip bibir dan menyambung suapan. Tetapi aku langsung tidak dapat memberi tumpuan untuk menikmati makananku. Sebabnya ada saja yang ingin bergambar dengan kami. Termasuk dengan jurugambar yang sibuk menyuruh kami buat agenda suap menyuap.
Erk? Tersedak aku dibuatnya. Nasib baik aku tak mati tercekik. Kalau tak, jadi duda berhias kau Fareez! eh ada ke? Cepat-cepat aku cakai gelas yang dihulurkan oleh Fareez sambil aku beri pandangan gurauan-kau-tak-kena-tempat. Senang kata pandangan sinislah. Dan dia tetap dengan muka selamba. Eee.. geramnya aku!
"Makan pelahan-pelahan Ain. Jangan gelojoh sangat. Sopan sikit. Awak tu pengantin" Terdengar suara Puan Sri Zaleha memberi nasihat. Aku ketip bibir dan menyambung suapan. Tetapi aku langsung tidak dapat memberi tumpuan untuk menikmati makananku. Sebabnya ada saja yang ingin bergambar dengan kami. Termasuk dengan jurugambar yang sibuk menyuruh kami buat agenda suap menyuap.
Sebaik saja makan beradab, kami kembali naik semula ke bilik untuk menukar pakaian aku kepada gaun labuh berwarna hijau torquise dan Fareez pula memakai kot serba putih untuk menyempurnakan upacara memotong kek. Maka, berakhirlah sudah majlis kami untuk belah pengantin perempuan. Dan aku ulangi sekali lagi. Akulah pengantin perempuan tu. Lusa sambung untuk resepsi sambut pengantin perempuan bagi belah pengantin lelaki pula. Kenapalah membazir duit sampai buat dua resepsi. Buang duit, buang masa dan buang tenaga. Menyusahkan aku betul. Penat tau tak? Penah nak berlakon jadi pasangan bahagia.
Seterusnya kami diarahkan untuk bersalam dengan tetamu yang hadir. Rata-rata tetamu yang hadir pun aku kurang pasti datangnya dari mana. Maaflah aku kurang peka sikit dalam bab ni. Aku tak ada masa nak kaji tentang hal tu.
Ramai mereka terkejut besar melihat aku sebagai pengantin perempuan. Hal yang sama berlaku semasa majlis nikah siang tadi. Masing-masing melahirkan rasa pelik. Ada yang bertanya di mana keberadaan Farah, namun mereka tetap gembira dan mengucapan tahniah. Sampai mendoakan perkahwinan kami akan bahagia sampai anak cucu dan akhir hayat. Aku hanya mampu tersenyum dengan ucapan itu.
Aku melirik ke arah Fareez. Sejak kami turun dari pelamin. Tangannya tetap mengenggam jari-jemariku dan ada kalanya tangannya melingkar di pingganku. Seakan-akan kami pasangan bahagia.
"Aina Sofea" Sepantas kilat aku menoleh ke arah suara yang memanggil. Aku tergamam seketika sebelum melemparkan senyuman.
"Irfan?" Soalku sebab tak percaya dia berada dihadapanku sekarang.
"Yes.. aku Irfan Hairi" Balasnya kembali. Aku tersenyum lagi. Excited jumpa kawan lama. Mengenali Irfan mengajar aku untuk mengenali taktik licik lelaki. Dialah yang berjaya membawa aku keluar dari dunia yang penuh dengan derita. Dia ajar aku menjadi seorang yang tabah dan membantu aku berdiri kembali. Sejak itu aku tidak lagi menjadi mangsa cinta kerana cinta tidak lagi ada dalam kamus hidupku.
"Sampai hati kau. Kahwin tak jemput. Ni nasib baik aku check in kat hotel ni dan ternampak kau tadi" kata Irfan panjang lebih. Matanya melirik ke arah Fareez yang berada di sebelahku.
"Tak kenalkan suami kau ke?" Sambung Irfan lagi.
"Oh! kenalkan. Ni Fareez"
"suami Ain" sambung Fareez sambil menghulurkan tangannya. Aku angkat kening sebelah. Tak payah sebut pun orang lain dah tahu lah encik Fareez.
"Irfan"
"Thanks sudi datang" Tiba-tiba aku terasa ada Fareez melingkar dipinggangku. Apa kena mamat ni?
"So, buat apa kat sini? Maksud aku, sejak bila seorang mamat yang kononnya berjanji tak akan jejak kaki lagi Malaysia tiba-tiba berada dekat majlis aku?" Soalku dengan nada sarkastik. Pedulilah. Irfan tahu perangai aku macam mana. Tengok, boleh pula dia senyum dengan soalan aku tu. Aku tahu mesti ada meatball disebalik spaghetti. Dia memeluk tubuh.
"Nanti-nanti lah aku cerita" balasnya.
"Alaa.. Dah tu nak cakap bila? Macam ada hot and spicy news saja"
"Awak, boleh tolong ambilkan saya segelas air tak? Tiba-tiba haus pula" Dengan ayat klise aku suruh Fareez nyah dari sini. Tanpa banyak bunyi, dia pun menurut perintahku. Aku dan Irfan melangkah duduk di kerusi yang berdekatan.
"Well? Mind to explain before dia datang balik?" Soalku dekat Irfan
"Sebelum aku cerita hal aku. Aku nak tanya kau. Kahwin? Like seriously? Apa dah jadi dengan janji kau yang no more love tu"
"Well. Aku kahwin dengan dia pun tanpa perasaan cinta. Tak ada pun istilah cinta. Yuck!" Jawapku jujur. Irfan dah mula buat muka bingungnya.
"So? Kahwin?" Berkerut wajahnya. Oh! Bab tu aku tertinggal. Aku pun bagi cerita tanpa ikut bab. Terus bagi kesimpulan. Kan dah bingung mamat depan aku ni.
"Kahwin paksa beb! ke kahwin ganti? sebab aku kena ganti tempat Farah. Tak sangka aku kena badi kahwin paksa. Memang giler lah" Selamba sahaja aku berkata begitu.
"Farah?"
"Ye. Farah. Kakak tiri yang aku ceta tu. Kau ni tolong jangan jadi bengap masa ni boleh tak" Laju sahaja tanganku mengetuk kepalanya.
"Haish kau ni. Dah jadi isteri orang pun perangai macam berok" ujar Irfan sambil menggosok kepalanya. Padan muka !
"Kau nak kena lagi?" Soalku dengan nada bergurau.
"Tak tak" Irfan tersengih kambing
"So kahwin atas kertas saja lah" sambungnya lagi.
"Gitulah jawapnya. So apa problem kau?"
"Umur aku dah 30tahun" Ada keluhan di hujung ayatnya.
"And~~?" soalku dengan nada yang panjang. Aku cuba tahan ketawa mendengar mukadimah dari Irfan tapi terlepas jugak tawaku. Aku tahu ke mana arah tuju cerita ini akan pergi. Irfan mengerut dahi.
"Apasal kau ketawa? Aku belum pun cerita lagi"
"Sebelum kau sambung cerita, aku dah tahu keseluruhan cerita kau ni. Kau nak aku tolong macam mana? Nak aku cari kan calon untuk kau?" Aku semakin kelucuan. Memang gelak tak kena tempatlah aku sekarang ni.
"Well apa dah jadi motto kau. No more love?" sambungku lagi dengan gelak yang masih bersisa. Sekarang ni aku kenakan kau balik. Hambik kau.