MEREKA

Fareez itu suami aku! Bab 2

Mataku memandang jam yang melekat di dinding, lagi sepuluh minit nak pukul 3 pagi. Aku baru selesai menunaikan Solat Istikharah. Harap-harap Allah beri pentunjuk untuk aku membuat keputusan. Telekung dan sejadah aku lipat kemas sebelum ake letak ke dalam almari. Aku kembali duduk di atas katil. Aku mengeluh lagi dan lagi. Cuba melepaskan segala kerunsingan yang berkumpul dalam kepala otak keluar dari mulut.  Terapi yang memang tidak mujarab. 

"Keputusan Ain, engkau kena buat keputusan sekarang. SEKARANG !" Dahi aku ketuk-ketuk pelahan mengunakan jari telunjuk. 

Fikiranku kembali serabut. Sukar untuk buat keputusan. Aku menarik nafas panjang, cuba untuk menenangkan hati. Antara setuju ataupun tak. Kalau aku setuju maknanya aku masuk label kahwin muda. Baru 21 tahun kot. Ishhh ! Dah lah kena kahwin dengan tunang orang. Tunang kakak sendiri pulak tu. Kalau tak terima pula, mama dan papa akan tanggung malu, lagipun semua dah sedia. Hanya tunggu pengantin saja iaitu aku. Tapi ini semua membabitkan masa depan aku. 

"Muktamad!" Terus bersemangat aku membuat keputusan. 

"Besok awal-awal pagi, sebelum semua bangun aku kena keluar dari rumah ini. Lepas tu barulah call mama beritahu aku tak setuju nak kahwin lagi dan suruh Kak Leha gantikan tempat aku. Settle ! Pandai kau pikir Ain" Semakin teruja aku mencatur perancangan itu esok hari. 

Terasa hilang sikit beban. Yang penting besok aku kena bangun awal. Alarm handphone aku set pukul lima setengah. Sekarang aku nak lelapkan mata yang dah gatal sangat nak tidur ini. Macam tahu-tahu saja aku dah buat keputusan. Tadi bukan main susah nak tidur.


***

Telinga ku menangkap sesuatu. Kedengaran sayup-sayup suara bersilih ganti membuatkan lena ku terganggu. Siapa pulak bising ni. Aku baru nak tidur. Geram betullah, baru sekejap aku tidur dah ada orang kacau, bentak hati ku. Perlahan-lahan aku cuba celikkan mata yang mengada sangat mengantuk ni. 

"MAAAAKKKKKK!! Toyol!!!" Menjerit aku dek terkejut melihat budak berkepala botak terpampam di depan muka ku. Secara spontan tangan ku naik menolak muka budak itu. Jatuh gedebuk budak tu dari katil aku smpai menangis budak tu aku kerjakan. Dua lagi budak botak aku tengok sudah lari keluar dari bilik aku. Aku masih lagi buntu, otak tak jalan lagi pagi-pagi ni. Eh waittt !! dah pagi ke? Bukan baru kejap je ke aku tidur. Laju tanganku mencari handphone yang aku letak sebelah bantal semalam. Aikk! Tak ada??

"Mana pulak pegi handphone aku ni" mata ku melilau mencari kelibat handpone iphone 5 aku tanpa mempedulikan 'toyol' yang menangis dekat lantai.

"AIN!! Apa bising-bising ni, sampai ke bawah mama dengar suara kamu" Tiba-tiba Puan Sri Zaleha muncul. 

"Ya Allah! Apa kamu buat dekat Amirul sampai dia menangis macam ni" Makin kuatlah budak tu menangis. Aku mencebik. Manja konon. Baru kena dengan bantal aku, dah meraung macam tercabut kepala. 

"Orang debuk dia sikit dengan bantal tu" Jawapku tanpa rasa bersalah. Yang penting sekarang handphone aku. Mana handphone aku wei!!

"Kamu ni. Mama yang suruh dia kejutkan kamu.." Bagai angin lalu saja ayat mama melintas keluar masuk telinga aku. Aku masih lagi operasi mencari handphone ku. Bantal habis aku buang ke bawah. Selimuat melayang entah ke mana. Tak ada jugak ! Hairan. Cadar aku selak. Haaa ! Jumpa pun. Aku mimpi tendang bola ke semalam sampai goal handphone masuk bawak katil. Tengah-tengah katil pula tu. Gila ganas aku tidur. Pelik! Mata ku melirik ke arah Amirul.

"Kau punya kerja kan?! Pergi ambik hp aku balik!" bentak ku geram. Pandai pula budak Amirul itu menyorok belakang mama. Geram aku. Nasib baik bukan adik ataupun anak aku kalau tau dah lama aku kurung dalam almari dengan lipas! 

"Ain, sudahlah tu, dengan budak-budak pun nak gaduh. Kamu itu dah nak jadi isteri orang" Tengok, aku jugak yang salah. Eh. Wait! ISTERI??

"Maa.. bila masa pulak orang setuju nak kahwin ni" Bulat mata aku memandang Puan Sri Zaleha. 

"Tapi Ain dah janji semalam kan"

"Bila masa pula orang janji, kan orang cakap orang nak fikir dulu dan orang tak terima!" kata ku tegas sambil berpeluk tubuh dan pandang tepi. Tanda protes .

"hmm. tak pe lah kalau Ain tak setuju..." Tone suara Puan Sri Zaleha sudah berubah. Mimik muka pun sedih tu.

"Biarlah keluarga kita dapat malukan Ain?. Then kawan-kawan papa pandang rendah dekat papa sebab anak dia tak jadi kahwin, sorang lagi lari dari rumah pulak tu" Puan Sri Zaleha dah mula serangan pertama tu. Keraskan hati Ain, itu lokanan mama semata-mata, aku memonolong dalam hati.

"Lagipun siapalah mama kan nak paksa Ain setuju gantikan tempat Farah. Mama cuma mak tiri Ain bukan mak kandung. Mana lah Ain nak ikut cakap mama. Mama tak hak" Serangan kedua. Ini yang tak aci ni. Main tipu. Pandai betul mama bagi umpan. Aku kemam bibir tanda geram.

Aku berpaling ke arah Puan Sri Zaleha sambil menghela nafas "Mama ni. Ada ke cakap macam tu. Ye lah orang setuju"

"Betul ke? Ain tak boleh tarik balik keputusan tu" Hamboi! Ceria terus mama. Kan aku dah kata, tadi tu semua lakonan saja. Aku hanya menganggukkan kepala. 

"Tapi dengan syarat !" pandai pulak aku nak bersyarat-syarat.

"Syarat apa pulak ni. Jangan nak mengada-ngada eh"

"Satu syarat je maa. Boleh tak postpone seminggu dua"

"Kenapa pulak?" 

"Ye lah. Mama dah ready semua kan tapi baju-baju kahwin orang confirm tak ada kan. Tak kan orang nak pakai baju-baju Farah mama" Aku dengan Farah memang jauh beza. Farah ikut belah mama, bertubuh kecil. Cuba bayangkan aku dengan Farah berdiri, dia paras lengan aku. Kenal tak Yuyu Zulaikha blogger terkenal tu, kira-kira macam itu lah tinggi Farah. Kecik dan comel, walaupun dia dah berumur 24 tahun.

"Betul jugak eh. Kalau macam itu tengah hari ini ikut mama pergi butik. Carik baju yang sesuai untuk Ain."

"So jadi lah eh postpone" Teruja sikit aku. Manalah tahu aku boleh teruskan rancangan aku semalam

"No! Syarat tidak diterima."

"Tapi maa.."

"No tapi-tapi. Sekarang masalah dia baju saja kan. Pergi siap cepat" Arahan Puan Sri Zaleha sebelum dia keluar.


********

Satu-persatu baju pengantin yang bergantungan di dinding aku belek. Biasa saja rekaannya, Serious, memang tak kena dengan jiwa aku. Semua baju pengantin yang ada terbelah sana sikit, nampak ketat nak mampus dan butik ini miskin sangat ke sampai baju-baju semua tak cukup kain. Sempat pula aku jadi tukang kritik tak berbayar kat sini.

Akhirnya aku duduk di sofa yang tersedia. Bosan. Aku tak minat langsung benda-benda ni. Mama sibuk bicang apa entah dengan tuan punya butik. Nama dia Soffy, nama macam perempuan, bajet nak jadi puan tapi tetap tuan. Halkum terpacak kat leher tu nampak jelas dan nyata beb! kutuk ku pulak.

"Cantik anak you Puan Sri, Dah lah tinggi slim pulak u. Prefecto!" Puji ada maknalah tu. Ingat aku tak tahu cara orang berniaga. Bodek sangat. Tapi aku memang cantik pe. hehe ! Tapi aku senyum saja dengan pujian tu, malas nak layan sangat. Kerja aku datang sini nak test baju pengantin bukan nak beli pujian.

"Kalau ikut tinggi anak you ni Puan Sri, banyak baju pengantin dekat butik i dia boleh pakai"

"Ada ke baju yang sama macam warna baju Farah, Ye lah kan, warna tema dah tetapkan. Untuk baju nikah sama macam dulu, Soft White"

"Ada Puan Sri, sini banyak pilihan. Yang ni fesyen terbaru i. Belum display lagi" Soffy menunjukkan beberapa baju pengantin berwarna putih ala-ala dress panjang. Terpengun aku tengok baju pengantin yang ditunjukkan oleh Soffy. Simple saja designnya tapi unik bagiku. Tidak begitu sarat, hanya manik-manik yang bertabur di bawah baju. Aku minat part skirt dia, labuh ala-ala princess gitu. Kain pun lembut je.

"Wahh~ Cantik tapi takkan i nak pakai dress nampak lengan kot" Aku pakai tudung kot tak kan nak pakai tudung tapi lengan nampak. Walaupun ada lace tapi tetap jarang. Masih nampak lengan aku.

"Kalau you nak i boleh bagi lining dalam"

"Betul jugak cadangan you Soffy Mama pun nampak dah setuju"

"Apa kata you try dulu, lepas tu i adjust mana yang patut" Terus baju pengantin itu aku bawa ke dalam fitting room. Sebelum keluar sempat aku membelek-belek baju yang terletak di atas badanku. Not bad !

Aku keluar dari fitting room.

"Wow! Gorgeous! kan betul apa i cakap Puan Sri. anak you ni memang prefecto. Baju ini ngam-ngam dengan bentuk badan dia. Tak payah nak resize lagi" 

"Cantik anak mama !"Kembang-kempis hidung aku dapat pujian tak henti-henti dari tadi.

"So kira jadi lah ni Puan Sri" Mama hanya mengangguk.

"Yayyy ~ Settle" Aku terexcited lebih macam kahwin dengan yang tercintalah pula.

"Belum lagi dear, you kena try baju untuk malam berinai untuk malam ni dan persandingan side you dengan side sana" Tercengang tiga saat aku. Mak aihh ! Biar betul. Banyaknya majlis. 

"Maaaaa. mama tak cakap pun buat semua majlis tu" 

"Kan mama dah cakap, semua sudah dirancang awal, takkan tak jadi pula. So kita teruskan je lah" Dan Ain yang jadi mangsa ! Bentakku dalam hati.

"Nah. You try semua baju ni. Mama you dah pilih untuk you" 

Dengan perasan yang geram aku ambil baju-baju pengantin yang dihulurkan oleh Soffy dan terus masuk ke dalam fitting room. Sabar Ain. SABAR. Malaysia boleh ! Engkau boleh boleh boleh !


*******


"Orang tak nak lah. Busuk benda tu. Jauh kan benda tu" Aku bersin

"Pakai kejap je" Mak Timah cuba pujuk aku dan aku bersin lagi

"Ain, ain kena pakai jugak. Adat nenek moyang kamu" Nenda pulak menyampuk

"Busuklah nenda. sakit hidung orang. Mama, mama tak kesian ke anak mama duk bersin je dari tadi" Tengok Puan Sri Zaleha buat tak tahu saja. Mentang-mentang ada nenda, langsung taknak backing aku.

"Atchummm" Bukan sekali tapi berkali-kali. Gatal yang amat hidung aku.

"Cepat jangan nak mengada, nenda dah mengantuk ni" Rasa nak nangis saja aku rasa masa itu.

"Maaaaaa ~" lagi sekali aku cuba minta tolong.

"Sekejap saja sayang, lepas tu Mak Timah bungkus tangan kamu supaya tak keluar lah bau-bau itu" Aku mencebik. Sebal.

Dah lah tadi kena paksa mandi bunga. Macam-macam betul lah Nenda tu. Macam tak tahu hidung aku sensitive bau. Konon nak bagi naik seri, nak kasi wangi badanlah, apa-apa lah. Boleh pula disuruhnya aku minum air bunga itu satu cawan. Kalau rasa macam vanilla coke, sanggup kot aku minum bercawan-cawan. Ini tak, rasa entah apa-apa. Pahit yang amat.


"Dah siap" tersentap aku dari lamunan.

Aku lihat jari-jari ku yang sudah berbungkus. Nak garu hidug pun susah. Tadi baru sekejap mangkuk yang berisi inai itu diletakkan disebelah ku. Terus aku bersin tak henti. Aku dah cakap hidung aku ni alergik bau-bau semacam sebab itu aku tak nak pakai. Terpaksa jugak aku hulur jari jemari ku untuk dipakaikan inai. Nak ikut sangat adat sampai aku dah jadi selesma. Kan baik aku terus demam lepas tu pengsan then koma sebulan. So tak jadi lah aku nikah esok.

***

6 ulasan: