MEREKA

Fareez itu suami aku! Bab 1



Mama.. Papa..
Farah tak dapat teruskan perkahwinan ni.
Jangan cari Farah. I need space.
Sorry..

Surat itu aku baca berulang kali. Sungguh aku tak percaya dengan tindakan Farah yang sanggup larikan diri. Bukan ke dia yang beria-ria sangat nak kahwin dengan tunang dia tu. i need space konon! Geram pulak aku dengan perangai Farah ni. Dekat facebook, instagram bukan main lagi bergambar tak sabar nak kahwin. Tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa. Teringat kejadian siang tadi.



***

"Baru reti nak balik"

'Alamak! macam kenal je suara tu.'  Dengan wajah yang manis aku meluru ke arah suara itu.

"Erk. Nenda" Kelihatan Nenda sedang duduk-duduk bersembang di bawah kanopi bersama saudara yang lain. Dengan terpaksa aku lemparkan senyuman. Tangan Nenda aku capai dan lalu menciumnya. Seraya aku menyalami tangan Nenda, tangan kiri Nenda sudah memiat telinga ku disebalik tudung. Berkerut dahiku menaham kesakitan ditelingaku.

"Dah empat tahun, baru tahun jalan balik rumah?"

"Ampun Nendaaaaa. Sakitt.." Aku tayang gigi sambil mengusap telingaku. Perit.

"Tahu pun sakit. Yang kamu tak balik-balik tu tak sakit hati Nenda. Empat tahun kamu tinggalkan Nenda. Sampai hati kamu eh buat Nenda macam ni"

"Baru empat tahun Nenda, belum empat puluh tahun lagi" Badan Nenda aku rangkul erat. Kes lepas rindu. Nenda memang suka manjakan aku dari dulu lagi. Boleh dikatakan aku ni cucu emas dia.

"Haaa. Menjawap. Melampau sangat dah tu. Kalau empat puluh tahun, memang niat tak nak jumpa Nenda lagi lah jawapnya"

"Ishh Nenda ni. Ada ke cakap macam tu. Tak baik tau"

"Yang lain mana Nenda?" sambungku cuba tukar topik.

"Yang lain ada kat dalam tu haaa.." Sampuk makcik yang duduk di sebelah Nenda.

"Ain masuk dulu ye" cepat-cepat aku melari menyelamatkan diri dari disoal siasat.


***


Perlahan-lahan aku menyusun langkah ke ruang tamu. Cuba menyenangkan diri dari memikirkan akan reaksi saudara yang lain. Alhamdulillah, aku disambut mesra oleh sanak saudara. Sememangnya mereka sudah mengetahui kepulanganku. Salam mereka terus aku sambut dengan penuh mesra. Gelak-tawa dan tangis gembira mengisi suasana pertemuan kami. Mataku meliar memandang sekeliling ruang tamu itu.

Tiba-tiba tangan ku di tarik dari belakang dan dipeluk kemas.

"Dah balik pun anak mama" Aku hanya mengangguk dalam sebak. Air mata tetap aku tahan. Walaupun aku hanya anak tiri Puan Sri Zaleha tapi mereka melayan aku seperti anak kandung. Bertuahkan aku.

"Ain rindu Mama" Erat aku peluk badan Puan Sri Zaleha.

"Kalau rindu kenapa baru sekarang nak balik?" ujar Puan Sri Zaleha dengan suara rajuknya

"Ain minta maaf eh. InShaaAllah, Lepas ni Ain tak pergi mana-mana dah" jawapku bersungguh-sunggah. Padahal awal-awal lagi aku plan nak tinggal asing-asing.

"Erm.. Papa mana ma? Dari tadi tak nampak dia?" Sekejap saja senang-senang aku tukar topik.

"Papa balik lewat hari ni. Ada project besar masuk semalam" Tan Sri Hishamuddin kalau kerja memang dah tak ingat benda lain.

"Farah?"

"Farah... Eh ni Ain dah solat ke?" Terjungkit keningku seketika.

"Belum lagi maa.. jet-leg lagi ni" Tersengih-sengih aku sambil buat muka comel dekat Puan Sri Zaleha.

"Belum solat lagi.. kamu ni nak jadi apa haa? Tinggal negara orang sampai dah pandai lewat-lewatkan solat. Pernah mama ajar kamu macam tu? Dah kuat sangat ke nak jawap kat akhirat nanti"

Aku hanya mengangguk bila Puan Sri Zaleha bagi tazkirah macam tu. Depan orang ramai memang aku kena diam dan tak menjawap sebab nampak juga aku anak yang Mithali dengar cakap orang tua. Dan yang paling penting sebab tak nak tazkirah yang ada dua baris jadi berbaris-baris.

"Yelah. orang pergi solat dulu ye. Kejap lagi Ain turun balik tolong mana yang patut" Pandai-pandai aku melarikan diri ke bilik ku yang sudah lama aku tinggalkan.


***


Usai mandi dan solat, niat untuk turun ke ruang tamu aku batalkan sebab malas nak menjawap soalan-soalan cepu emas dari sanak saudara. Aku confirm sangat mereka akan tanya perihal empat tahun tu. Aku belum sedia nak cerita dengan mereka. Sudahnya aku melangkah menuju ke dapur. Terasa lapar pulak sebab dari dalam kapal terbang tadi aku belum jamah satu makan.

Kelihat Mak Timah bergerak ke kanan dan ke kiri menghadap kabinet dapur sambil dibantu dengan dua lagi pembantu rumah dari Indonesia. Kelihatan mereka sedang sibuk menyediakan makanan untuk dijamu tetamu yang datang sampai tak perasan keberadaan aku di dapur itu. Perlahan-lahan aku hampiri Mak Timah.

"Arghhh !" Sergah ku dari belakang dan apa lagi. Mak Timah yang ada tabiat melatah terus berjoget-joget. Aku tambah lagi perisa dengan mencucuk pinggan Mak Timah supaya makin melatah. Aku gelak sampai tak ingat dunia.

"Kamu ni Ain, dari dulu sampai sekarang suka sangat sakat Mak Timah kamu ya! Rasakan!" Cuping telinga ku piat-piat oleh Nenda. Bila masa Nenda ada kat daput jugak ni

"Adoi Nenda! Ampun! Ampun! Ain tak buat lagi" Sakit yang tadi belum hilang lagi. Ni Nenda dah tambah rasa lagi.

"Apa yang bising-bising ni? Sampai ke dalam bunyi riuhnya"

"Mama tolong! Nenda nak cabut telinga Ain" Aku minta kesian tapi semakin kuat Nenda piat telingaku. Laju Puan Sri Zaleha meluru ke arah kami.

"Ni anak kamu ni asyik nak menyakat Mak Timah. Nasib tak sakit jatung dia tu. Kalau tak dah lama jalan" Aku tersengih melihat Mak Timah. Sempat main signal mata untuk minta tolong. Nak harapkan mama confirm mama sambung bagi tazkirah.

"Ha padan muka kamu. Lain kali bagi salam. Tak kiralah dekat mana-mana. Tak semestinya masuk rumah saja bagi salam tapi bila nampak orang lain dekat mana-mana pun mesti bagi salam. Ni tidak kamu main sergah-sergah Mak Timah kamu. Memang patut Nenda piat telinga kamu tu" Kan aku dah kata, mama mesti geng dengan Nenda punya.

"Sudahlah tu Nenda, Ain bergurau je tu. Lepaskan telinga budak tu" Tengok Mak Timah juga yang pujuk aku. Dia yang aku sergah dah lama cool down tapi Nenda pulak yang tak reti nak cool down. Dua orang gaji menyibukkan diri. Nampak sangat tak nak masuk campur.

"Sudah! pergi minta maaf dekat Mak Timah" Akhirnya Nenda lepaskan jugak telingaku. Nasib baik aku tak pakai anting-anting kalau tak confirm koyak cuping telinga ni.

Laju aku meluru ke arah Mak Timah untuk meminta maaf.

"Maafkan Ain eh Mak Timah"

"Salam" celah Nenda

"Cium tangan" sambung Puan Sri Zaleha.

"Peluk" Seraya itu aku peluk erat Mak Timah. Kes lepas rindu lagi.

"Dah dah. Nenda nak denda kamu!" Tergamam aku sekejap.

"Alaaa Nenda. kan dah minta maaf, tak kan Nenda nak denda Ain lagi" Dah besar kot. Nenda memang rajin bagi denda sebab aku rajin buat salah. Teringat masa kecik dulu masa tinggal dengan Nenda, kena ikat dekat pokok rambutan sebab aku rajin sangat nak panjat pokok. Habis merah-merah satu badan kena gigit serengga Tak padan dengan perempuan. Kena rendam dengan katak sebab magrib-magrib menghilang cari berudu dekat longkang. Memang lepas tu fobia terus dengan air, longkang, sungai dan segala adik beradik air.

"Dengar tak ni! Nenda masuk dalam dulu" Terkebil-kebil aku sebentar sambil memerhatikan Nenda berlalu dari dapur

"Bahan-bahan Mak Timah dah sediakan. Tinggal masak saja lagi" 'Bahan-Bahan? Masak? Ok anyone, i feel lost in the jungle sekarang ni. Nenda suruh aku buat apa eh?'"Nak masak pe Mak Timah?" Soal ku bingung

"Char Keow Teow??" Satu satu perkataan Mak Timah sebut.

"Lah. kan dah ada katering? Buat apa nak masak. Orang penatlah"

"Haishh. Tak baik tau tolak permintaan orang. Lagipun Nenda kamu rindu masakan kamu tu Ain. Dari minggu lepas lagi sibuk suruh Pak Halim cari bahan-bahan" Terharu aku dengar apa yang Puan Sri Zaleha cakapkan itu.

"Yelaaaaaaaaaaaaaah" Sengaja aku panjangkan harkat sebutan.

"Ikhlas ke ni?" Soal Mama

"InShaaAllah" Seraya ku mengangguk

"Mama pergi masuk dulu ye. Ain nak bersilat dengan Mak Timah." Badan mama aku tolak perlahan


***

Tidak sampai 20 minit kemudian, hidangan Char Keow Teow ku letakkan di atas meja makan. Senang sebab segala bahan-bahan sudah tersedia. Tinggal campak ke dalam kuali saja. Hidangan kuih muih dari katering jugak turut disediakan oleh Mak Timah. Hampir penuh meja makan dengan hidangan petang. Aku sediakan satu pinggan Char Keow Teow special untuk Nenda tanpa udang dan aku turut membuat berserta Nescafe O.

"Ok done. Mak Timah tolong panggil yang lain makan ye. Ain nak tukar baju" Terus aku naik ke bilik. Kebiasan aku memang kena tukar baju lepas masak sebab aku tak selesa dengan bau masak yang melekat dia baju.

Selepas menukar baju. Aku menuju ke bilik Farah. Tertanya-tanya juga sebab dari tadi aku tidak nampak kelibatnya. Pintu biliknya aku ketuk perlahan. Lama aku menunggu tapi Farah tidak muncul-muncul. Aku ketuk lagi sambil memanggil nama Farah tapi tetap tiada balasan. Tidur ke? Dengan berhati-hati aku cuba pulas tombol pintu bilik Farah. Tak berkunci? Perlahan-lahan aku tolak pintu bilik Farah dan melangkah masuk. Gelapnya bilik.

"Farah, aku masuk eh?" konon minta izin selepas ceroboh masuk.


Lampu bilik aku pasang. Aku perhatikan sekeliling bilik Farah. Cantik hiasannya. Semua perabot dan hiasan di dalam bilik ini nampak baru. Al-Maklum bilik pengantin. Aku teruskan misi mencari Farah. Dalam bilik tak ada. Aku cari pula dalam bilik mandi. Tak ada juga. Pelik. Mata ku ke arah almari bilik yang terbuka luas pintunya. Laju saja aku meluru ke arah almari tersebut. Kosong. Tak ada sehelai baju yang tergantung. Eh, tak kan dah packing semua baju hantar rumah lelaki? Dia dah tak nak tinggal sini ke? Macam-macam soalan yang bermain di otak ku.

***



DIAM. Itu yang aku lakukan dari tadi sejak berada di dalam bilik bacaan. Aku perhati saja gelagat Puan Sri Zaleha dengan Tuan Sri Hishamuddin. Papa pandang mama, mama pandang papa. Sempat main jeling-jeling.

"Papa dengan mama nak cakap apa ni?" Soalku pelik

"Semua persediaan dah dibuat Ain. " Ayat mama terhenti di situ. Mungkin menunggu respon dari aku. Tapi aku tahu semua tu. Memang dah nampak terang jelas. Segalanya dah siap sendiri.

"Kad semua dah diedarkan" sambung Puan Sri Zaleha lagi

"Tapi minggu lepas Farah larikan diri dan dia tinggalkan ini" Mama dah mula sebak. Aku peluk bahu mama untuk beri kekuatan. Mama serahkan satu surat kepadaku. Surat itu aku baca berulang-kali.

Mama.. Papa..
Farah tak dapat teruskan perkahwinan ni.
Jangan cari Farah. I need space.
Sorry..


"Kami tak tahu buat apa Ain. Pihak sana suruh kami selesaikan. Diorang tak nak tanggung malu sebab pihak sana juga sudah edarkan kad. Sekali lagi mama cakap mama dan papa tak paksa kamu. Hari yang ditetapkan tinggal tiga hari. Tapi untuk tutup malu kedua-dua pihak, mama harap Ain dapat pertimbangkan" Mama terdiam sekali lagi. Tanganku mama genggam erat. Sempat main jeling-jeling dengan papa. Aku pulak yang rasa suspen.

"Pihak sana setuju nak Ain gantikan tempat Farah"

Terkebil-kebil aku mendengar ayat yang keluar dari mulut Tan Sri Hishamuddin. Blur. Otak aku dah tak dapat nak berfungsi. Mogok. Sebal di hati tak ada orang tahu. Idea yang memang aku tak dapat terima. Tak kan aku kena ganti jawatan yang bakal Farah apply. Sangat tidak logik. Tak kan lah aku kena gantikan tempat Farah. Tak kan lah aku nak kahwin dengan tunang Farah. Tak kan lah aku kena jadi isteri Fareez. Dan tak kan lah aku kena kahwin dalam tiga hari lagi. Tiga hari tu. Diulangi tiga hari.

11 ulasan:

  1. mcm sedetik cinta tv3..

    BalasPadam
  2. best...oh yer ker dek tampa nama,akk tk nengok lh cerite tuh...tp pd akk best gak cerite nih...

    BalasPadam
  3. @Tanpa Nama ye kew. x tau plak. x tgk ceta tu.. ni baru permulaan. hope tak sma lah lepas ni :)

    BalasPadam
  4. @norihan mohd yusof Alhamdulillah. idea datang mengejut . HAPPY akk suka :))

    BalasPadam
  5. best jugak jalan citer nie...n3 seterusnya mesti semakin menarik......NAK LAGI!!!!!

    BalasPadam
  6. best..follow awk la sng nk visit n3 awk nanti...^_^ salam ukhwah empunya blog..follow2 sng2 nanti...

    BalasPadam
  7. BESTTTTTT.....HOPE ADA KELAINAN EA..
    N3,PLEASE =)
    (komen tulisan besar bg nampak kelainan sikit)
    <3

    BalasPadam
  8. Wah bez la. Sy suka. First time dtg blg nie. Nk follow la. Huhuhu

    BalasPadam