MEREKA

Fareez itu suami aku! Bab 3

Mataku tertumpu ke arah dia yang sedang duduk di hadapan tok kadi. Dia yang bernama Fareez, tunang Farah dan bakal menjadi suami aku dalam beberapa minit dari sekarang. Aku pandang dia, aku tenung wajahnya. Aku teliti setiap inci wajahnya dari tepi. Wajahnya kelihatan tenang sekali seakan-akan tidak ada apa yang sedang berlaku. Pelik. Dia ni tak ada perasaan ke? tak tahu ke tunang dia dah cabut lari? Aku pula yang rasa berdebar nak mampus kat sini. Seperti dia seakan-akan perasan aku sedang memerhatikanya, sekali dia menoleh ke arahku dan memberi senyuman.


Gulp! Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke arah jariku. Tergamam aku seketika dengan senyumannya yang menawan dengan paras wajah yang boleh membuatkan para wanita jatuh pengsan kecuali aku. Aku bukan tertawan tapi hairan sebab dia boleh lagi tersenyum. Nak saja aku cakar-cakar muka dia. Dia tak tahu ke yang kejap lagi dia nak lafaz nikah atas nama Aina Sofea bukan Nur Farahain. Dah tak betul ke mamat ni lepas Farah tinggalkan dia. Bisikku dalam hati lagi.

Terasa bahuku disentuh. Aku menoleh dan melihat Nenda tersenyum sambil menunjuk ke arah di hadapanku. Seraya aku menoleh, terkebil-kebil aku seketika apabila melihat Fareez sudah duduk di hadapanku. Bila masa dia ada dekat aku? Bukan tadi dia depan tok kadi ke? Bila masa dia lafaz akad nikah? Tak dengar pun. 

"Saya nak solat sunat berjemaah dengan pengantin perempuan" rahangku jatuh. Biar betul dia ni. Main terjah saja. Macam mana kalau aku bendera merah hari ini? Confirm kau dah buat aku malu depan semua orang! 

"Awak dah ada wudhu?" sambungnya lagi. Aku sekadar menganggukkan kepala. Nasib baik awal-awal Nenda dah pesan untuk ambil wudhu, supaya muka nampak berseri. Seraya itu dia melangkah ke bilik solat yang berada berdekatan dengan ruang tamu.  Aku hanya mengikutnya dari belakang. Macam dia je tuan rumah. 

Usai menunaikan solat sunat nikah. Kami kembali ke ruang tamu untuk sesi menyarung cincin. Aku duduk di atas pelamin kecil sementara Fareez duduk di depan ku. Aku melihat saja dia menarik keluar cincin dari bekas dan dihulurkan tangannya untuk meminta tangan kananku.


"Ain, hulur tangan kamu" Aku hanya menurut arahan dari Nenda.  Fareez mula menyarungkan cincin di jari manis ku. Alaaa~ cincin emas kuning, macam taste makcik-makcik je. Aku tak suka. Kan cantik kalau emas putih. Sempat lagi aku mengkritik cincin yang sudah tersarung itu.

"Salam tangan suami kamu tu Ain"  kedengaran suara Nenda. Lantas aku salam tangan Fareez. Seraya aku mengankat muka, sekali lagi aku tergamam apabila terasa satu ciuman di dahi ku. Kemudian beralih ke pipi kiri dan kanan. Serentak air mata mengalir tanpa dipinta. Mengalir kerana apa? Aku pun tak tahu. Belum sempat aku mengelap air mataku, terasa jari kasar Fareez sudah memgusapnya dengan lembut.

"Jangan nangis nanti orang pikir awak kena paksa kahwin dengan saya pulak" Bisiknya dengan nada yang lembut.  Memang kena paksa pun! Jawap ku di dalam hati. Mengganggu emosi betul. Baru aku pikir nak jadi pelakon air mata dan dia buat spoil.

"Amboi pengantin, jangan gelojoh, malam masih ada" terdengar suara nakal yang mengusik dan menyebabkan suasana yang sunyi tadi menjadi riuh rendah.

Mataku terus melirik ke arahnya. Kelihatan matanya juga sedang menikam ke arah ku. Terpesona aku seketika. Tiba-tiba terasa satu perasaan yang asing menusuk ke hati ku. Kata orang dari mata turun ke hati. Namun cepat-cepat aku hapuskan semua itu. Aku bukan pilihan hatinya.

"Sudah-sudahlah main tenung-tenung tu, masa untuk bergambar pula" kedengar suara lain yang mengusik kami lagi. Aku lihat Fareez hanya tersenyum. Aku hanya menunduk malu. Terasa muka ku membahang. Haaa pandai pun malu. 

Fareez menurut saja dan mengambil tempat duduk disebelahku. Mataku sempat melirik ke arahnya. Bukan main bahagia saja muka kau eh! Ingat tunang lah woooi!


***


Selasai majlis, aku terus naik ke bilik. Rimas. Terasa melekit satu badan dengan peluh. Tambahan pulak make up yang membuatkan muka ku rasa berminyak. Pelahan-lahan aku cabut 'crown' yang melekat di atas kepala. Kemudian tanggalkan shawl yang berlilit di kepala dan aku campak di atas katil. Tuala aku capai dan terus menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Selesai mandi, aku yang berkemban paras lutut terus keluar dari bilik mandi menuju ke meja solek sambil mengeringkan rambut. Losen yang tersusun di atas meja solek aku capai.

"Arghhhhhh!!" terperanjat aku melihat apabila Fareez berada di dalam bilikku. Kelam kabut aku berlari ke katil dan masuk dalam comforter.

"Siapa suruh awak masuk? Apa awak buat dalam bilik saya? Macam mana awak boleh masuk? Keluar!" Jeritku dan sempat aku mencampakkan batal ke arah nya tapi dengan pantas dia sambil bantal itu. 

"Cool down girl" cool otak hang! Bibir aku ketap dengan geram saat ni. Sabar Ain,  kan sabar itu separuh dari iman. Aku cuba tenangkan hati sendiri.

"Nenda suruh saya bagitahu awak, yang awak kena follow saya pergi hotel" sambung Fareez lagi tenang sambil melangkah duduk di sofa yang berada di hadapan katil.

"Hotel?" Aku angkat kening sebelah.

"Our reception, remember?"

"Arghh! Malasnya" Aku merungut perlahan.

"So get ready cepat, kita gerak lepas asar" pinta Fareez tanpa riak. Wajahnya tenang.

"Awal sangat kot?" Ye lah. Yang aku tahu majlis resepsi mula 8 malam nanti. Buat apa nak pergi awal? soalku dalam hati.

"check in dulu" Jawap Fareez pendek.

"Huh?" Mata aku kecilkan tanda otak keliru. Dia meraup wajahnya yang cerah kini sudah bertukar merah sedikit. haaa! nak marahlah tu. 

"Boleh tak kita sambung lepas ni. Saya nak solat asar dulu" pintanya sambil meraup wajahnya seraya bangun dari tempat duduknya.

"kita jemaah sama" sambung Fareez dengan muka selamba. Tanpa menunggu jawapanku dia terus melangkah menuju ke bilik air. Aikk! Aku ternganga dua saat. Satu sebab dia tak jawap soalan aku. Kedua sebab aku pelik macam mana dia boleh tahu dekat mana bilik mandi dalam bilik aku. Pelik.


***


Malamnya pula diteruskan dengan majlis resepsi berlangsung di hotel terkemuka yang aku lupa namanya. Kami berdua beriringan berarak masuk ke dalam dewan yang bertemakan garden. Mula-mula memang terasa menggelatar juga kaki. Apatah lagi kena jadi bahan perhatian orang ramai.  Lampu-lampu kamera tak berhenti mengambil gambar kami. Terpaksa aku control ayu. Aku melirirk ke arah Fareez. Riak wajahnya tidak pernah lekang daripada melemparkan senyuman. Wajahnya begitu tenang sekali. Pandai dia berlakon. Bajet cool lah tu. 

Selesai sahaja upacara menepung tawar, kami beralih pula ke acara makan beradab. Pelbagai lauk-pauk yang dihidangkan. Memang terbungkang biji mataku. Udang galah! Kegemaran aku tu. Aku siku tangan orang sebelah. Spontan orang sebelah angkat kening. 

"Nak tu" Bisikku sambil mulutku muncung menunjuk ke arah sepinggan sambal udang galah yang terhidang di depannya

"Udang?" Pantas aku mengiyakan

"Saya tak makan udang" So? Aku angkat kening sebelah.

"Bukan untuk awak tapi saya" 

"Oh"

Ohh? Boleh pulak dia jawap ohh je. Tak habis-habis dengan gaya bajet cool dia yang entah apa-apa tu.

Namun dia sendukkan juga udang galah tersebut lalu di dalam pinggan ku. Bukan satu bukan dua tapi tiga. Memang sengaja nak buat aku malu budak Fareez ni. Tapi aku tetap tersenyum. Terpaksa okay. Udang galah tersebut aku renung dua tiga saat sebelum aku cuba untuk mengopek kulitnya dengan menggunakan sudu dan garfu. Terkial-kial juga aku sebab aku memang lemah dalam bab kopek-mengopek ni. Nak pakai tangan tapi malu pula. Nak minta tolong dekat siapa ni. Aku toleh kiri, papa tengah rancak berbual dengan mama. Aku toleh kanan, tergamam aku melihat Fareez sedang mengopek kulit udang. Guna tangan pulak tu. Biar betul. Tadi cakap tak makan udang. Kemudian dia letakkan udang yang sudah terkopek kulitnya ke dalam pinggan ku. Dia ambilnya lagi udang galah kedua dan dilakukannya benda yang sama. 

"Terima kasih" Lalu dengan senang hati aku menyuap udang yang telah dikopek.

"Kasih diterima" jawapnya dengan selamba.

Erk? Tersedak aku dibuatnya. Nasib baik aku tak mati tercekik. Kalau tak, jadi duda berhias kau Fareez! eh ada ke? Cepat-cepat aku cakai gelas yang dihulurkan oleh Fareez sambil aku beri pandangan gurauan-kau-tak-kena-tempat. Senang kata pandangan sinislah. Dan dia tetap dengan muka selamba. Eee.. geramnya aku!

"Makan pelahan-pelahan Ain. Jangan gelojoh sangat. Sopan sikit. Awak tu pengantin" Terdengar suara Puan Sri Zaleha memberi nasihat. Aku ketip bibir dan menyambung suapan. Tetapi aku langsung tidak dapat memberi tumpuan untuk menikmati makananku. Sebabnya ada saja yang ingin bergambar dengan kami. Termasuk dengan jurugambar yang sibuk menyuruh kami buat agenda suap menyuap.  

Sebaik saja makan beradab, kami kembali naik semula ke bilik untuk menukar pakaian aku kepada gaun labuh berwarna hijau torquise dan Fareez pula memakai kot serba putih untuk menyempurnakan upacara memotong kek. Maka, berakhirlah sudah majlis kami untuk belah pengantin perempuan. Dan aku ulangi sekali lagi. Akulah pengantin perempuan tu. Lusa sambung untuk resepsi sambut pengantin perempuan bagi belah pengantin lelaki pula. Kenapalah membazir duit sampai buat dua resepsi. Buang duit, buang masa dan buang tenaga. Menyusahkan aku betul. Penat tau tak? Penah nak berlakon jadi pasangan bahagia.

Seterusnya kami diarahkan untuk bersalam dengan tetamu yang hadir. Rata-rata tetamu yang hadir pun aku kurang pasti datangnya dari mana. Maaflah aku kurang peka sikit dalam bab ni. Aku tak ada masa nak kaji tentang hal tu.

Ramai mereka terkejut besar melihat aku sebagai pengantin perempuan. Hal yang sama berlaku semasa majlis nikah siang tadi. Masing-masing melahirkan rasa pelik. Ada yang bertanya di mana keberadaan Farah, namun mereka tetap gembira dan mengucapan tahniah. Sampai mendoakan perkahwinan kami akan bahagia sampai anak cucu dan akhir hayat. Aku hanya mampu tersenyum dengan ucapan itu.

Aku melirik ke arah Fareez. Sejak kami turun dari pelamin. Tangannya tetap mengenggam jari-jemariku dan ada kalanya tangannya melingkar di pingganku. Seakan-akan kami pasangan bahagia. 

"Aina Sofea" Sepantas kilat aku menoleh ke arah suara yang memanggil. Aku tergamam seketika sebelum melemparkan senyuman.

"Irfan?" Soalku sebab tak percaya dia berada dihadapanku sekarang.

"Yes.. aku Irfan Hairi"  Balasnya kembali. Aku tersenyum lagi. Excited jumpa kawan lama. Mengenali Irfan mengajar aku untuk mengenali taktik licik lelaki. Dialah yang berjaya membawa aku keluar dari dunia yang penuh dengan derita. Dia ajar aku menjadi seorang yang tabah dan membantu aku berdiri kembali. Sejak itu aku tidak lagi menjadi mangsa cinta kerana cinta tidak lagi ada dalam kamus hidupku.

"Sampai hati kau. Kahwin tak jemput. Ni nasib baik aku check in kat hotel ni dan ternampak kau tadi" kata Irfan panjang lebih. Matanya melirik ke arah Fareez yang berada di sebelahku.

"Tak kenalkan suami kau ke?" Sambung Irfan lagi.

"Oh! kenalkan. Ni Fareez"

"suami Ain" sambung Fareez sambil menghulurkan tangannya. Aku angkat kening sebelah. Tak payah sebut pun orang lain dah tahu lah encik Fareez.

"Irfan"

"Thanks sudi datang" Tiba-tiba aku terasa ada Fareez melingkar dipinggangku. Apa kena mamat ni?

"So, buat apa kat sini? Maksud aku, sejak bila seorang mamat yang kononnya berjanji tak akan jejak kaki lagi Malaysia tiba-tiba berada dekat majlis aku?" Soalku dengan nada sarkastik. Pedulilah. Irfan tahu perangai aku macam mana. Tengok, boleh pula dia senyum dengan soalan aku tu. Aku tahu mesti ada meatball disebalik spaghetti. Dia memeluk tubuh.

"Nanti-nanti lah aku cerita" balasnya.

"Alaa.. Dah tu nak cakap bila? Macam ada hot and spicy news saja"


Dia pandang aku dengan pandangan tak-kan-aku-nak-cakap-depan-laki-kau. Aku faham sangat pandangan dia tu. Anak mataku lari ke wajah Fareez.

"Awak, boleh tolong ambilkan saya segelas air tak? Tiba-tiba haus pula" Dengan ayat klise aku suruh Fareez nyah dari sini. Tanpa banyak bunyi, dia pun menurut perintahku. Aku dan Irfan melangkah duduk di kerusi yang berdekatan.

"Well? Mind to explain before dia datang balik?" Soalku dekat Irfan

"Sebelum aku cerita hal aku. Aku nak tanya kau. Kahwin? Like seriously? Apa dah jadi dengan janji kau yang no more love tu"

"Well. Aku kahwin dengan dia pun tanpa perasaan cinta. Tak ada pun istilah cinta. Yuck!" Jawapku jujur. Irfan dah mula buat muka bingungnya.

"So? Kahwin?" Berkerut wajahnya. Oh! Bab tu aku tertinggal. Aku pun bagi cerita tanpa ikut bab. Terus bagi kesimpulan. Kan dah bingung mamat depan aku ni.

"Kahwin paksa beb! ke kahwin ganti? sebab aku kena ganti tempat Farah. Tak sangka aku kena badi kahwin paksa. Memang giler lah" Selamba sahaja aku berkata begitu.

"Farah?"

"Ye. Farah. Kakak tiri yang aku ceta tu. Kau ni tolong jangan jadi bengap masa ni boleh tak" Laju  sahaja tanganku mengetuk kepalanya.

"Haish kau ni. Dah jadi isteri orang pun perangai macam berok" ujar Irfan sambil menggosok kepalanya. Padan muka !

"Kau nak kena lagi?" Soalku dengan nada bergurau.

"Tak tak" Irfan tersengih kambing

"So kahwin atas kertas saja lah" sambungnya lagi.

"Gitulah jawapnya. So apa problem kau?"

"Umur aku dah 30tahun" Ada keluhan di hujung ayatnya.

"And~~?" soalku dengan nada yang panjang. Aku cuba tahan ketawa mendengar mukadimah dari Irfan tapi terlepas jugak tawaku. Aku tahu ke mana arah tuju cerita ini akan pergi. Irfan mengerut dahi.

"Apasal kau ketawa? Aku belum pun cerita lagi"

"Sebelum kau sambung cerita, aku dah tahu keseluruhan cerita kau ni. Kau nak aku tolong macam mana? Nak aku cari kan calon untuk kau?" Aku semakin kelucuan. Memang gelak tak kena tempatlah aku sekarang ni.

"Well apa dah jadi motto kau. No more love?" sambungku lagi dengan gelak yang masih bersisa. Sekarang ni aku kenakan kau balik. Hambik kau. 

Cik Unik 4

Helwa menuju ke kelas beriringan dengan seorang cikgu perempuan.

"Helwa, ini kelas kamu. Saya hantar kamu sampai sini saja. Kamu masuk sendiri saja ye. Dah ada Cikgu yang tunggu kamu dekat dalam dan dia dah tahu awak akan masuk kela ini" Jelas Cikgu itu sebelum meninggalkan aku terpinga-pinga.

Biar betul? Aku kena masuk sorang-sorang? Helwa tarik nafas dalam-dalam. Cuba untuk menenangkan perasaan. Dengan perlahan-lahan dia mengetuk pintu kelas. Seusai memberi salam dia  melangkah masuk sambil menundukkan sedikit wajah. Seram sejuk pulak dia rasa.

"Puteri Helwa Batrisya" sapa cikgu yang berasa di dalam kelas tersebut.

"Ye saya" jawap Helwa sedikit tenang. Tergamam sekejap apabila melihat muka cikgu tersebut. Wahh.. handsomenya cikgu ni. Memang sekolah ni ramai yang handsome-handsome ke?

"Come here. Saya Sir Adam. I'm your Geography teacher" Sir Adam menghulurkan salam dan laju-laju Helwa menyambutnya.

"Ok attention students, we have a new student here. So Miss Helwa, please introduce yourself"

"Hai. I'm Helwa... hermmmm"

Tiba-tiba terdengar ada suara mencelah.

"Nama penuh apa? Sebelum ni sekolah kat mana? Kenapa pindah sini? Tinggal kat mana? Ayah kerja apa?" tanya perempuan itu bertalu-talu.

"Hamboi Maya. Banyak betul soalan awak. Kesian Helwa kena jawap semua tu" kata Sir Adam. Helwa sudah maki akal. Dia perhatikan saja perempuan yang bernama Maya itu. Takkan aku nak cakap papa aku bekerja sebagai CEO syarikat yang mempunyai banyak cawangan di seluruh dunia. Tambahan pula papa pemegang saham terbesar sekolah ni. Kalau aku sebut nama pasti mereka tahu.


"Hurmm, nama penuh Helwa Batrisya, ayah saya bekerja sebagai driver. berasal dari..."


"Kampung orang asli?" Maya mencelah, disusuli dengan gelak tawa rakan sekelas yang lain. "Sir, sejak bila sekolah ni jadi sekolah orang asli" tambah Maya lagi.

Dumm Dummm!


Sir Adam menupuk meja beberapa kali  bagi memberhentikan ketawa mereka.


Suasana bertukar jadi sunyi.

"Maya Natasha! Tak baik cakap macam tu. Minta maaf dekat Helwa, sekarang!" Tengking Sir Adam. Makaihh, garangnya Sir Adam ni. Aku sendiri pun kecut perut dengar dia marah

"Minta maaf!" balas Maya dengan muka yang masam. .

"Umm. Baiklah. Kamu semua dah kenal dengan Helwa kan? Helwa, awak boleh ambil tempat duduk di sebelah Farah" Helwa hanya menganggukkan kepala.

"Untunglah Farah ada bestfriend baru" Usik Maya. Helwa hanya menaikkan sebelah keningnya memandang sinis ke arah Maya. Baginya gurauan Maya sangat tidak kelakar. Kecik besar kecik besar saja aku tengok minah ni. Sabar Helwa. 



****



Lonceng baru saja berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. Sebelum kelas tamat, Sir Adam datang menuju ke arah Helwa dann berhenti di hadapan meja dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Coolnya~



"Yes Sir Adam, ada benda yang boleh saya bantu" Soal Helwa dengan mata yang terkelip-kelip. Perasan comellah kau Helwa. Helwa mengutuk diri sendiri.


"Helwa, macam mana kelas tadi? Boleh masuk tak?"

"Setakat ni boleh sikit-sikit"

"Kalau ada benda yang tak faham dan kurang pasti, awak boleh tanya directly dekat saya" beritahu Sir Adam dengan member senyuman sebelum beredar dari kelas. Helwa tergamam seketika.

"Helwa, tutup mulut tu" tegur Farah yang duduk di sebelah Helwa.

"Handsome kan dia" puji Helwa ikhlas

"Memang, Dia satu-satunya cikgu yang paling handsome dekat sekolah ni Ramai student perempuna minat kat dia tau. Nak tiap-tiap hari dia dapat hadiah tau tapi dia tak layan"

"kenapa?" his a gay? soal Helwa dalam hati

"Entahlah, saya pun tak tahu sangat. Maybe dia dah ada someone special or or lets think positive. Maybe dia malas nak layan perempuan-perempuan gedik much"

"Tapi dekat sekolah ni ramai yang handsome tau" sambung Farah.

"Siapa? Don't tell me  lagi handsome dari Sir Adam" Helwa buat muka teruja.

"kira kategori handsome macam Sir Adam"

"Whay? Who else?"

"You know what. Dalam sekolah ni ada satu group yang di gelar "The Hottest Man" or shortform dia THM. " tak semena-mena Helwa tergelak besar Awat buruk sangat nama group dorang tu. ahahaha!

"Opss sorry, tergelak. no offence" Helwa cuba menahan gelaknya.

"It's okay. Sekarang awak gelak but will see macam mana awak jumpa mereka nanti.  Nama group tu pun peminat die-hard mereka yang bagi. Memang ramai yang melting  bila tengok mereka. Dah macam artis pun ada"

"Dan awak termasuklah jugak dalam katogeri peminat die-hard THM ni" Laju Farah menganggukkan kepalanya.

"So ramai-ramai tu awak minat yang mana?" Soal Helwa lagi

"Reeza"

Mendengar nama Reeza laju saja Helwa teringat dengan janji mereka semalam. Alamak! Tanpa mempedulikan Farah terus dia lari keluar dari kelas


***


"Mana satu room A ni. Dah abis satu sekolah aku round." Gumam Helwa seorang diri. Dia melirik ke jam tangannya.

“Dah sepuluh enam belas minit ni. Haish! Mamat ni pun satu lah. Macam tak tahu aku new student kat sini"

Helwa melangkah laju tanpa mempedulikan mata-mata yang memerhatikannya..


BUKKK!! Auchhhh.. Siapa pulak langgar aku ni.. Aku punya la tinggi pun dia langgar..


“Wehh!! Buta ke langgar-langgar orang!!” bentak gadis yang dilanggar Helwa. Makk aii.. sedapnya mulut dia kata aku buta. Siapa minah ni.. Nak mark muka dia.. eh eh… Betul-betul Helwa memerhatikan gadis yang dilanggarnya tadi.. Maya ke?

“Woii!! ko tenung pe??”

“Makcik..” suara Helwa perlahan

"Excuse me.. Kau panggil aku makcikk.. sini kau!!” rambut Helwa yang bertocang dua itu ditarik oleh 'Makcik' tersebut

Ouchhh.. sakit ler!! Makcik ni kalau becakap, tangan dia tak pandai duduk diam. Bisik Helwa di dalam hati

“Wait wait wait.. kau panggil dia makcik??” ada satu suara lagi menyampuk

“Tasya. Dia panggil kau mak cik lah. Macam kawan kita si Wawa pulak" sambungnya lagi

"Hai.. saya Siti Nurhana.. panggil je..” Spontan Helwa terus memeluk 'Makcik' yang bernama Tasya itu.

“Chop chop” Tasya cuba melepaskan diri dari dipeluk Helwa “Don’t tell me that you are Putri Helwa Batrisya” sambung Tasya dan Helwa mengangguk laju.

“Wawaaaaaaaa!!!” Mereka berpelukkan kembali.. perempuan jumpa perempuan mesti nak jerit-jerit dan terlompat-lompat.. hahaha.. Tapi siapa tak gembira wehhh jumpa member sehati sejiwa macam mereka ni..

“Tasya. Kau peluk dia. Kau biar betul. Kau demam eh?” terdengar lagi suara tadi sambil tangannya diletakkan ke dahi Tasya.

“ Aduii.. slow pick up betul la kau ni. Salah ke aku peluk kawan aku sendiri” tangan Hana ditolak Tasya perlahan. Helwa sekadar tersenyum melihat gelagat kawan baiknya itu.

“Aku kawan kau kan? Tapi kau tak peluk pun. And and and sejak bila budak ni jadi kawan kau aaa??” dengus Hana, tidak puas hati.

“Wehh.. Apa bengap sangat kau ni.. kan kau sendiri cakap yang dia ni Helwa”

“Aku cakap je.. tak kan la dia betol-betol Helwa”

“Dah dah.. biar aku explain kat sipuuut ni..” sampuk Helwa. Sengaja dikuatkan suaranya diperkataan 'siput'

“Tasya.. dia panggil aku siput laa…” kata Hana sambil menepuk-nepuk tangannya. Ada ke gembira orang panggil dia siput.. Hana Hanaa...

"So??” balas Tasya dengan keningnya sedikit terangkat.

“Apa yang so?” jawap Hana dengan muka bingung.

“Aduhh.. aku pikir dia faham dah” Tasya menepuk-nepuk dahinya.

“Hello siput.. memang aku Helwalah.. Puteri Helwa Batrisya. Takkan kau dah tak ingat kat aku..”

“Tapi…..” Terus Helwa tarik Hana dalam pelukkannya. Well.. tiga sahabat bertemu kembali.. asiiikkkkk..

Jap jap.. baru aku perasan.. Helwa lihat sekeliling.. What!! Aurora melepaskan pelukkan.


**********


“Korang buat apa kat sini??” soal Helwa dengan teruja melihat kawan karibnya yang kini duduk disebelahnya. Tasya sebelah kanan dan Hana pula sebelah kiri.

“SURPRISE!!!!” jerit Tasya                                                                                                                                                                                  
“pe yang surprise??” Aduhhh siput betul laa..

“Elehh. Macamlah kau tak tau. Kami ikut kau lah. Macam biasa. Macam dulu-dulu” Tasta menambah tanpa mempedulikan soalan Hana.

“Tapi haritu bukan main lagi korang eh. Tak dapat join aku pindah konon. Kau pun komplot dengan abang aku eh?”

“Apa-apa saja lah. Kami pun pandai belakon jugak tau. Bukan kau je.."

“Tapi betul-betul aku fikir korang serious giler tak dapat join aku”

“That’s mean acting kami berjaya. Tapi time tu aku takut gak acting kami tak menjadi”

“Kenapa pulak?”

“Aku takut jugak mana tau tiba-tiba siput dia muncul” Usik Tasya sambil menunjuk ke arah Hana

“Siput muncul? Mana? Mana?” terpinga-pinga Hana melihat sekeliling.

“Ni kat sebelah aku” balas Helwa dan macam biasa Hana masih juga dengan muka blur dia.

“So here we are.. Just for you my dearest bestfriend. The end” sambung Tasya

“Kan kita sahabat sampai bila-bila. Nobody can separate us. Remember that darling” tambah Tasya.

“betol betol betol” sampuk hana. Wahhh.. dah charging budak ni.. hehehe

“By the way Wawa. Takkan kita nak lepak kat tepi tangga ni. Jom pergi cafĂ©. Lapar ni..” rungut Tasya

“Tak nak lah aku..” Jawap Helwa.

“Lorhhhhh.. Kenapa pula? Kami lapar ni cari kau dari tadi..” sampuk Hana

“Better aku tak join..” Tiba-tiba Helwa tergelak mengingatkan peristiwa kelmarin

“wehh… Apa ni gelak sorang.. Share-sharelah beb”

“Macam ni…. “ Dengan sisa ketawa Helwa menceritakan kisah yang terjadi kelmarin..

Fareez itu suami aku! Bab 2

Mataku memandang jam yang melekat di dinding, lagi sepuluh minit nak pukul 3 pagi. Aku baru selesai menunaikan Solat Istikharah. Harap-harap Allah beri pentunjuk untuk aku membuat keputusan. Telekung dan sejadah aku lipat kemas sebelum ake letak ke dalam almari. Aku kembali duduk di atas katil. Aku mengeluh lagi dan lagi. Cuba melepaskan segala kerunsingan yang berkumpul dalam kepala otak keluar dari mulut.  Terapi yang memang tidak mujarab. 

"Keputusan Ain, engkau kena buat keputusan sekarang. SEKARANG !" Dahi aku ketuk-ketuk pelahan mengunakan jari telunjuk. 

Fikiranku kembali serabut. Sukar untuk buat keputusan. Aku menarik nafas panjang, cuba untuk menenangkan hati. Antara setuju ataupun tak. Kalau aku setuju maknanya aku masuk label kahwin muda. Baru 21 tahun kot. Ishhh ! Dah lah kena kahwin dengan tunang orang. Tunang kakak sendiri pulak tu. Kalau tak terima pula, mama dan papa akan tanggung malu, lagipun semua dah sedia. Hanya tunggu pengantin saja iaitu aku. Tapi ini semua membabitkan masa depan aku. 

"Muktamad!" Terus bersemangat aku membuat keputusan. 

"Besok awal-awal pagi, sebelum semua bangun aku kena keluar dari rumah ini. Lepas tu barulah call mama beritahu aku tak setuju nak kahwin lagi dan suruh Kak Leha gantikan tempat aku. Settle ! Pandai kau pikir Ain" Semakin teruja aku mencatur perancangan itu esok hari. 

Terasa hilang sikit beban. Yang penting besok aku kena bangun awal. Alarm handphone aku set pukul lima setengah. Sekarang aku nak lelapkan mata yang dah gatal sangat nak tidur ini. Macam tahu-tahu saja aku dah buat keputusan. Tadi bukan main susah nak tidur.


***

Telinga ku menangkap sesuatu. Kedengaran sayup-sayup suara bersilih ganti membuatkan lena ku terganggu. Siapa pulak bising ni. Aku baru nak tidur. Geram betullah, baru sekejap aku tidur dah ada orang kacau, bentak hati ku. Perlahan-lahan aku cuba celikkan mata yang mengada sangat mengantuk ni. 

"MAAAAKKKKKK!! Toyol!!!" Menjerit aku dek terkejut melihat budak berkepala botak terpampam di depan muka ku. Secara spontan tangan ku naik menolak muka budak itu. Jatuh gedebuk budak tu dari katil aku smpai menangis budak tu aku kerjakan. Dua lagi budak botak aku tengok sudah lari keluar dari bilik aku. Aku masih lagi buntu, otak tak jalan lagi pagi-pagi ni. Eh waittt !! dah pagi ke? Bukan baru kejap je ke aku tidur. Laju tanganku mencari handphone yang aku letak sebelah bantal semalam. Aikk! Tak ada??

"Mana pulak pegi handphone aku ni" mata ku melilau mencari kelibat handpone iphone 5 aku tanpa mempedulikan 'toyol' yang menangis dekat lantai.

"AIN!! Apa bising-bising ni, sampai ke bawah mama dengar suara kamu" Tiba-tiba Puan Sri Zaleha muncul. 

"Ya Allah! Apa kamu buat dekat Amirul sampai dia menangis macam ni" Makin kuatlah budak tu menangis. Aku mencebik. Manja konon. Baru kena dengan bantal aku, dah meraung macam tercabut kepala. 

"Orang debuk dia sikit dengan bantal tu" Jawapku tanpa rasa bersalah. Yang penting sekarang handphone aku. Mana handphone aku wei!!

"Kamu ni. Mama yang suruh dia kejutkan kamu.." Bagai angin lalu saja ayat mama melintas keluar masuk telinga aku. Aku masih lagi operasi mencari handphone ku. Bantal habis aku buang ke bawah. Selimuat melayang entah ke mana. Tak ada jugak ! Hairan. Cadar aku selak. Haaa ! Jumpa pun. Aku mimpi tendang bola ke semalam sampai goal handphone masuk bawak katil. Tengah-tengah katil pula tu. Gila ganas aku tidur. Pelik! Mata ku melirik ke arah Amirul.

"Kau punya kerja kan?! Pergi ambik hp aku balik!" bentak ku geram. Pandai pula budak Amirul itu menyorok belakang mama. Geram aku. Nasib baik bukan adik ataupun anak aku kalau tau dah lama aku kurung dalam almari dengan lipas! 

"Ain, sudahlah tu, dengan budak-budak pun nak gaduh. Kamu itu dah nak jadi isteri orang" Tengok, aku jugak yang salah. Eh. Wait! ISTERI??

"Maa.. bila masa pulak orang setuju nak kahwin ni" Bulat mata aku memandang Puan Sri Zaleha. 

"Tapi Ain dah janji semalam kan"

"Bila masa pula orang janji, kan orang cakap orang nak fikir dulu dan orang tak terima!" kata ku tegas sambil berpeluk tubuh dan pandang tepi. Tanda protes .

"hmm. tak pe lah kalau Ain tak setuju..." Tone suara Puan Sri Zaleha sudah berubah. Mimik muka pun sedih tu.

"Biarlah keluarga kita dapat malukan Ain?. Then kawan-kawan papa pandang rendah dekat papa sebab anak dia tak jadi kahwin, sorang lagi lari dari rumah pulak tu" Puan Sri Zaleha dah mula serangan pertama tu. Keraskan hati Ain, itu lokanan mama semata-mata, aku memonolong dalam hati.

"Lagipun siapalah mama kan nak paksa Ain setuju gantikan tempat Farah. Mama cuma mak tiri Ain bukan mak kandung. Mana lah Ain nak ikut cakap mama. Mama tak hak" Serangan kedua. Ini yang tak aci ni. Main tipu. Pandai betul mama bagi umpan. Aku kemam bibir tanda geram.

Aku berpaling ke arah Puan Sri Zaleha sambil menghela nafas "Mama ni. Ada ke cakap macam tu. Ye lah orang setuju"

"Betul ke? Ain tak boleh tarik balik keputusan tu" Hamboi! Ceria terus mama. Kan aku dah kata, tadi tu semua lakonan saja. Aku hanya menganggukkan kepala. 

"Tapi dengan syarat !" pandai pulak aku nak bersyarat-syarat.

"Syarat apa pulak ni. Jangan nak mengada-ngada eh"

"Satu syarat je maa. Boleh tak postpone seminggu dua"

"Kenapa pulak?" 

"Ye lah. Mama dah ready semua kan tapi baju-baju kahwin orang confirm tak ada kan. Tak kan orang nak pakai baju-baju Farah mama" Aku dengan Farah memang jauh beza. Farah ikut belah mama, bertubuh kecil. Cuba bayangkan aku dengan Farah berdiri, dia paras lengan aku. Kenal tak Yuyu Zulaikha blogger terkenal tu, kira-kira macam itu lah tinggi Farah. Kecik dan comel, walaupun dia dah berumur 24 tahun.

"Betul jugak eh. Kalau macam itu tengah hari ini ikut mama pergi butik. Carik baju yang sesuai untuk Ain."

"So jadi lah eh postpone" Teruja sikit aku. Manalah tahu aku boleh teruskan rancangan aku semalam

"No! Syarat tidak diterima."

"Tapi maa.."

"No tapi-tapi. Sekarang masalah dia baju saja kan. Pergi siap cepat" Arahan Puan Sri Zaleha sebelum dia keluar.


********

Satu-persatu baju pengantin yang bergantungan di dinding aku belek. Biasa saja rekaannya, Serious, memang tak kena dengan jiwa aku. Semua baju pengantin yang ada terbelah sana sikit, nampak ketat nak mampus dan butik ini miskin sangat ke sampai baju-baju semua tak cukup kain. Sempat pula aku jadi tukang kritik tak berbayar kat sini.

Akhirnya aku duduk di sofa yang tersedia. Bosan. Aku tak minat langsung benda-benda ni. Mama sibuk bicang apa entah dengan tuan punya butik. Nama dia Soffy, nama macam perempuan, bajet nak jadi puan tapi tetap tuan. Halkum terpacak kat leher tu nampak jelas dan nyata beb! kutuk ku pulak.

"Cantik anak you Puan Sri, Dah lah tinggi slim pulak u. Prefecto!" Puji ada maknalah tu. Ingat aku tak tahu cara orang berniaga. Bodek sangat. Tapi aku memang cantik pe. hehe ! Tapi aku senyum saja dengan pujian tu, malas nak layan sangat. Kerja aku datang sini nak test baju pengantin bukan nak beli pujian.

"Kalau ikut tinggi anak you ni Puan Sri, banyak baju pengantin dekat butik i dia boleh pakai"

"Ada ke baju yang sama macam warna baju Farah, Ye lah kan, warna tema dah tetapkan. Untuk baju nikah sama macam dulu, Soft White"

"Ada Puan Sri, sini banyak pilihan. Yang ni fesyen terbaru i. Belum display lagi" Soffy menunjukkan beberapa baju pengantin berwarna putih ala-ala dress panjang. Terpengun aku tengok baju pengantin yang ditunjukkan oleh Soffy. Simple saja designnya tapi unik bagiku. Tidak begitu sarat, hanya manik-manik yang bertabur di bawah baju. Aku minat part skirt dia, labuh ala-ala princess gitu. Kain pun lembut je.

"Wahh~ Cantik tapi takkan i nak pakai dress nampak lengan kot" Aku pakai tudung kot tak kan nak pakai tudung tapi lengan nampak. Walaupun ada lace tapi tetap jarang. Masih nampak lengan aku.

"Kalau you nak i boleh bagi lining dalam"

"Betul jugak cadangan you Soffy Mama pun nampak dah setuju"

"Apa kata you try dulu, lepas tu i adjust mana yang patut" Terus baju pengantin itu aku bawa ke dalam fitting room. Sebelum keluar sempat aku membelek-belek baju yang terletak di atas badanku. Not bad !

Aku keluar dari fitting room.

"Wow! Gorgeous! kan betul apa i cakap Puan Sri. anak you ni memang prefecto. Baju ini ngam-ngam dengan bentuk badan dia. Tak payah nak resize lagi" 

"Cantik anak mama !"Kembang-kempis hidung aku dapat pujian tak henti-henti dari tadi.

"So kira jadi lah ni Puan Sri" Mama hanya mengangguk.

"Yayyy ~ Settle" Aku terexcited lebih macam kahwin dengan yang tercintalah pula.

"Belum lagi dear, you kena try baju untuk malam berinai untuk malam ni dan persandingan side you dengan side sana" Tercengang tiga saat aku. Mak aihh ! Biar betul. Banyaknya majlis. 

"Maaaaa. mama tak cakap pun buat semua majlis tu" 

"Kan mama dah cakap, semua sudah dirancang awal, takkan tak jadi pula. So kita teruskan je lah" Dan Ain yang jadi mangsa ! Bentakku dalam hati.

"Nah. You try semua baju ni. Mama you dah pilih untuk you" 

Dengan perasan yang geram aku ambil baju-baju pengantin yang dihulurkan oleh Soffy dan terus masuk ke dalam fitting room. Sabar Ain. SABAR. Malaysia boleh ! Engkau boleh boleh boleh !


*******


"Orang tak nak lah. Busuk benda tu. Jauh kan benda tu" Aku bersin

"Pakai kejap je" Mak Timah cuba pujuk aku dan aku bersin lagi

"Ain, ain kena pakai jugak. Adat nenek moyang kamu" Nenda pulak menyampuk

"Busuklah nenda. sakit hidung orang. Mama, mama tak kesian ke anak mama duk bersin je dari tadi" Tengok Puan Sri Zaleha buat tak tahu saja. Mentang-mentang ada nenda, langsung taknak backing aku.

"Atchummm" Bukan sekali tapi berkali-kali. Gatal yang amat hidung aku.

"Cepat jangan nak mengada, nenda dah mengantuk ni" Rasa nak nangis saja aku rasa masa itu.

"Maaaaaa ~" lagi sekali aku cuba minta tolong.

"Sekejap saja sayang, lepas tu Mak Timah bungkus tangan kamu supaya tak keluar lah bau-bau itu" Aku mencebik. Sebal.

Dah lah tadi kena paksa mandi bunga. Macam-macam betul lah Nenda tu. Macam tak tahu hidung aku sensitive bau. Konon nak bagi naik seri, nak kasi wangi badanlah, apa-apa lah. Boleh pula disuruhnya aku minum air bunga itu satu cawan. Kalau rasa macam vanilla coke, sanggup kot aku minum bercawan-cawan. Ini tak, rasa entah apa-apa. Pahit yang amat.


"Dah siap" tersentap aku dari lamunan.

Aku lihat jari-jari ku yang sudah berbungkus. Nak garu hidug pun susah. Tadi baru sekejap mangkuk yang berisi inai itu diletakkan disebelah ku. Terus aku bersin tak henti. Aku dah cakap hidung aku ni alergik bau-bau semacam sebab itu aku tak nak pakai. Terpaksa jugak aku hulur jari jemari ku untuk dipakaikan inai. Nak ikut sangat adat sampai aku dah jadi selesma. Kan baik aku terus demam lepas tu pengsan then koma sebulan. So tak jadi lah aku nikah esok.

***

Fareez itu suami aku! Bab 1



Mama.. Papa..
Farah tak dapat teruskan perkahwinan ni.
Jangan cari Farah. I need space.
Sorry..

Surat itu aku baca berulang kali. Sungguh aku tak percaya dengan tindakan Farah yang sanggup larikan diri. Bukan ke dia yang beria-ria sangat nak kahwin dengan tunang dia tu. i need space konon! Geram pulak aku dengan perangai Farah ni. Dekat facebook, instagram bukan main lagi bergambar tak sabar nak kahwin. Tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa. Teringat kejadian siang tadi.



***

"Baru reti nak balik"

'Alamak! macam kenal je suara tu.'  Dengan wajah yang manis aku meluru ke arah suara itu.

"Erk. Nenda" Kelihatan Nenda sedang duduk-duduk bersembang di bawah kanopi bersama saudara yang lain. Dengan terpaksa aku lemparkan senyuman. Tangan Nenda aku capai dan lalu menciumnya. Seraya aku menyalami tangan Nenda, tangan kiri Nenda sudah memiat telinga ku disebalik tudung. Berkerut dahiku menaham kesakitan ditelingaku.

"Dah empat tahun, baru tahun jalan balik rumah?"

"Ampun Nendaaaaa. Sakitt.." Aku tayang gigi sambil mengusap telingaku. Perit.

"Tahu pun sakit. Yang kamu tak balik-balik tu tak sakit hati Nenda. Empat tahun kamu tinggalkan Nenda. Sampai hati kamu eh buat Nenda macam ni"

"Baru empat tahun Nenda, belum empat puluh tahun lagi" Badan Nenda aku rangkul erat. Kes lepas rindu. Nenda memang suka manjakan aku dari dulu lagi. Boleh dikatakan aku ni cucu emas dia.

"Haaa. Menjawap. Melampau sangat dah tu. Kalau empat puluh tahun, memang niat tak nak jumpa Nenda lagi lah jawapnya"

"Ishh Nenda ni. Ada ke cakap macam tu. Tak baik tau"

"Yang lain mana Nenda?" sambungku cuba tukar topik.

"Yang lain ada kat dalam tu haaa.." Sampuk makcik yang duduk di sebelah Nenda.

"Ain masuk dulu ye" cepat-cepat aku melari menyelamatkan diri dari disoal siasat.


***


Perlahan-lahan aku menyusun langkah ke ruang tamu. Cuba menyenangkan diri dari memikirkan akan reaksi saudara yang lain. Alhamdulillah, aku disambut mesra oleh sanak saudara. Sememangnya mereka sudah mengetahui kepulanganku. Salam mereka terus aku sambut dengan penuh mesra. Gelak-tawa dan tangis gembira mengisi suasana pertemuan kami. Mataku meliar memandang sekeliling ruang tamu itu.

Tiba-tiba tangan ku di tarik dari belakang dan dipeluk kemas.

"Dah balik pun anak mama" Aku hanya mengangguk dalam sebak. Air mata tetap aku tahan. Walaupun aku hanya anak tiri Puan Sri Zaleha tapi mereka melayan aku seperti anak kandung. Bertuahkan aku.

"Ain rindu Mama" Erat aku peluk badan Puan Sri Zaleha.

"Kalau rindu kenapa baru sekarang nak balik?" ujar Puan Sri Zaleha dengan suara rajuknya

"Ain minta maaf eh. InShaaAllah, Lepas ni Ain tak pergi mana-mana dah" jawapku bersungguh-sunggah. Padahal awal-awal lagi aku plan nak tinggal asing-asing.

"Erm.. Papa mana ma? Dari tadi tak nampak dia?" Sekejap saja senang-senang aku tukar topik.

"Papa balik lewat hari ni. Ada project besar masuk semalam" Tan Sri Hishamuddin kalau kerja memang dah tak ingat benda lain.

"Farah?"

"Farah... Eh ni Ain dah solat ke?" Terjungkit keningku seketika.

"Belum lagi maa.. jet-leg lagi ni" Tersengih-sengih aku sambil buat muka comel dekat Puan Sri Zaleha.

"Belum solat lagi.. kamu ni nak jadi apa haa? Tinggal negara orang sampai dah pandai lewat-lewatkan solat. Pernah mama ajar kamu macam tu? Dah kuat sangat ke nak jawap kat akhirat nanti"

Aku hanya mengangguk bila Puan Sri Zaleha bagi tazkirah macam tu. Depan orang ramai memang aku kena diam dan tak menjawap sebab nampak juga aku anak yang Mithali dengar cakap orang tua. Dan yang paling penting sebab tak nak tazkirah yang ada dua baris jadi berbaris-baris.

"Yelah. orang pergi solat dulu ye. Kejap lagi Ain turun balik tolong mana yang patut" Pandai-pandai aku melarikan diri ke bilik ku yang sudah lama aku tinggalkan.


***


Usai mandi dan solat, niat untuk turun ke ruang tamu aku batalkan sebab malas nak menjawap soalan-soalan cepu emas dari sanak saudara. Aku confirm sangat mereka akan tanya perihal empat tahun tu. Aku belum sedia nak cerita dengan mereka. Sudahnya aku melangkah menuju ke dapur. Terasa lapar pulak sebab dari dalam kapal terbang tadi aku belum jamah satu makan.

Kelihat Mak Timah bergerak ke kanan dan ke kiri menghadap kabinet dapur sambil dibantu dengan dua lagi pembantu rumah dari Indonesia. Kelihatan mereka sedang sibuk menyediakan makanan untuk dijamu tetamu yang datang sampai tak perasan keberadaan aku di dapur itu. Perlahan-lahan aku hampiri Mak Timah.

"Arghhh !" Sergah ku dari belakang dan apa lagi. Mak Timah yang ada tabiat melatah terus berjoget-joget. Aku tambah lagi perisa dengan mencucuk pinggan Mak Timah supaya makin melatah. Aku gelak sampai tak ingat dunia.

"Kamu ni Ain, dari dulu sampai sekarang suka sangat sakat Mak Timah kamu ya! Rasakan!" Cuping telinga ku piat-piat oleh Nenda. Bila masa Nenda ada kat daput jugak ni

"Adoi Nenda! Ampun! Ampun! Ain tak buat lagi" Sakit yang tadi belum hilang lagi. Ni Nenda dah tambah rasa lagi.

"Apa yang bising-bising ni? Sampai ke dalam bunyi riuhnya"

"Mama tolong! Nenda nak cabut telinga Ain" Aku minta kesian tapi semakin kuat Nenda piat telingaku. Laju Puan Sri Zaleha meluru ke arah kami.

"Ni anak kamu ni asyik nak menyakat Mak Timah. Nasib tak sakit jatung dia tu. Kalau tak dah lama jalan" Aku tersengih melihat Mak Timah. Sempat main signal mata untuk minta tolong. Nak harapkan mama confirm mama sambung bagi tazkirah.

"Ha padan muka kamu. Lain kali bagi salam. Tak kiralah dekat mana-mana. Tak semestinya masuk rumah saja bagi salam tapi bila nampak orang lain dekat mana-mana pun mesti bagi salam. Ni tidak kamu main sergah-sergah Mak Timah kamu. Memang patut Nenda piat telinga kamu tu" Kan aku dah kata, mama mesti geng dengan Nenda punya.

"Sudahlah tu Nenda, Ain bergurau je tu. Lepaskan telinga budak tu" Tengok Mak Timah juga yang pujuk aku. Dia yang aku sergah dah lama cool down tapi Nenda pulak yang tak reti nak cool down. Dua orang gaji menyibukkan diri. Nampak sangat tak nak masuk campur.

"Sudah! pergi minta maaf dekat Mak Timah" Akhirnya Nenda lepaskan jugak telingaku. Nasib baik aku tak pakai anting-anting kalau tak confirm koyak cuping telinga ni.

Laju aku meluru ke arah Mak Timah untuk meminta maaf.

"Maafkan Ain eh Mak Timah"

"Salam" celah Nenda

"Cium tangan" sambung Puan Sri Zaleha.

"Peluk" Seraya itu aku peluk erat Mak Timah. Kes lepas rindu lagi.

"Dah dah. Nenda nak denda kamu!" Tergamam aku sekejap.

"Alaaa Nenda. kan dah minta maaf, tak kan Nenda nak denda Ain lagi" Dah besar kot. Nenda memang rajin bagi denda sebab aku rajin buat salah. Teringat masa kecik dulu masa tinggal dengan Nenda, kena ikat dekat pokok rambutan sebab aku rajin sangat nak panjat pokok. Habis merah-merah satu badan kena gigit serengga Tak padan dengan perempuan. Kena rendam dengan katak sebab magrib-magrib menghilang cari berudu dekat longkang. Memang lepas tu fobia terus dengan air, longkang, sungai dan segala adik beradik air.

"Dengar tak ni! Nenda masuk dalam dulu" Terkebil-kebil aku sebentar sambil memerhatikan Nenda berlalu dari dapur

"Bahan-bahan Mak Timah dah sediakan. Tinggal masak saja lagi" 'Bahan-Bahan? Masak? Ok anyone, i feel lost in the jungle sekarang ni. Nenda suruh aku buat apa eh?'"Nak masak pe Mak Timah?" Soal ku bingung

"Char Keow Teow??" Satu satu perkataan Mak Timah sebut.

"Lah. kan dah ada katering? Buat apa nak masak. Orang penatlah"

"Haishh. Tak baik tau tolak permintaan orang. Lagipun Nenda kamu rindu masakan kamu tu Ain. Dari minggu lepas lagi sibuk suruh Pak Halim cari bahan-bahan" Terharu aku dengar apa yang Puan Sri Zaleha cakapkan itu.

"Yelaaaaaaaaaaaaaah" Sengaja aku panjangkan harkat sebutan.

"Ikhlas ke ni?" Soal Mama

"InShaaAllah" Seraya ku mengangguk

"Mama pergi masuk dulu ye. Ain nak bersilat dengan Mak Timah." Badan mama aku tolak perlahan


***

Tidak sampai 20 minit kemudian, hidangan Char Keow Teow ku letakkan di atas meja makan. Senang sebab segala bahan-bahan sudah tersedia. Tinggal campak ke dalam kuali saja. Hidangan kuih muih dari katering jugak turut disediakan oleh Mak Timah. Hampir penuh meja makan dengan hidangan petang. Aku sediakan satu pinggan Char Keow Teow special untuk Nenda tanpa udang dan aku turut membuat berserta Nescafe O.

"Ok done. Mak Timah tolong panggil yang lain makan ye. Ain nak tukar baju" Terus aku naik ke bilik. Kebiasan aku memang kena tukar baju lepas masak sebab aku tak selesa dengan bau masak yang melekat dia baju.

Selepas menukar baju. Aku menuju ke bilik Farah. Tertanya-tanya juga sebab dari tadi aku tidak nampak kelibatnya. Pintu biliknya aku ketuk perlahan. Lama aku menunggu tapi Farah tidak muncul-muncul. Aku ketuk lagi sambil memanggil nama Farah tapi tetap tiada balasan. Tidur ke? Dengan berhati-hati aku cuba pulas tombol pintu bilik Farah. Tak berkunci? Perlahan-lahan aku tolak pintu bilik Farah dan melangkah masuk. Gelapnya bilik.

"Farah, aku masuk eh?" konon minta izin selepas ceroboh masuk.


Lampu bilik aku pasang. Aku perhatikan sekeliling bilik Farah. Cantik hiasannya. Semua perabot dan hiasan di dalam bilik ini nampak baru. Al-Maklum bilik pengantin. Aku teruskan misi mencari Farah. Dalam bilik tak ada. Aku cari pula dalam bilik mandi. Tak ada juga. Pelik. Mata ku ke arah almari bilik yang terbuka luas pintunya. Laju saja aku meluru ke arah almari tersebut. Kosong. Tak ada sehelai baju yang tergantung. Eh, tak kan dah packing semua baju hantar rumah lelaki? Dia dah tak nak tinggal sini ke? Macam-macam soalan yang bermain di otak ku.

***



DIAM. Itu yang aku lakukan dari tadi sejak berada di dalam bilik bacaan. Aku perhati saja gelagat Puan Sri Zaleha dengan Tuan Sri Hishamuddin. Papa pandang mama, mama pandang papa. Sempat main jeling-jeling.

"Papa dengan mama nak cakap apa ni?" Soalku pelik

"Semua persediaan dah dibuat Ain. " Ayat mama terhenti di situ. Mungkin menunggu respon dari aku. Tapi aku tahu semua tu. Memang dah nampak terang jelas. Segalanya dah siap sendiri.

"Kad semua dah diedarkan" sambung Puan Sri Zaleha lagi

"Tapi minggu lepas Farah larikan diri dan dia tinggalkan ini" Mama dah mula sebak. Aku peluk bahu mama untuk beri kekuatan. Mama serahkan satu surat kepadaku. Surat itu aku baca berulang-kali.

Mama.. Papa..
Farah tak dapat teruskan perkahwinan ni.
Jangan cari Farah. I need space.
Sorry..


"Kami tak tahu buat apa Ain. Pihak sana suruh kami selesaikan. Diorang tak nak tanggung malu sebab pihak sana juga sudah edarkan kad. Sekali lagi mama cakap mama dan papa tak paksa kamu. Hari yang ditetapkan tinggal tiga hari. Tapi untuk tutup malu kedua-dua pihak, mama harap Ain dapat pertimbangkan" Mama terdiam sekali lagi. Tanganku mama genggam erat. Sempat main jeling-jeling dengan papa. Aku pulak yang rasa suspen.

"Pihak sana setuju nak Ain gantikan tempat Farah"

Terkebil-kebil aku mendengar ayat yang keluar dari mulut Tan Sri Hishamuddin. Blur. Otak aku dah tak dapat nak berfungsi. Mogok. Sebal di hati tak ada orang tahu. Idea yang memang aku tak dapat terima. Tak kan aku kena ganti jawatan yang bakal Farah apply. Sangat tidak logik. Tak kan lah aku kena gantikan tempat Farah. Tak kan lah aku nak kahwin dengan tunang Farah. Tak kan lah aku kena jadi isteri Fareez. Dan tak kan lah aku kena kahwin dalam tiga hari lagi. Tiga hari tu. Diulangi tiga hari.

Cik Unik 3

"Hello….” Helwa menjawap handsetnya dengan mata yang masih tertutup.

“Hello… nak cakap ke tak ni?? Dah laa kacau orang tidor!!!” bentak Helwa.. Geram dengan pemanggil yang tidak mengeluarkan suara tu.

“Wehhh!! Ko nak cakap ke tak ni?? Aku tutup pulak kang!!” Dia memang tak suka kalau tidurnya diganggu. Aku pun satu.. kenapalah boleh lupa nak off handset ne.. kacau ketenteraman betul laa!! huh!

“Puteri Helwa Batrisya???” Suara serak-serak basah kedengaran.

Ehh.. suara mamat mana ni??

“Aaa... aku la tu.. nak pe? siapaaa ni…...”

Gulp! Terbuka terus mata Helwa. Terus dia melihat screen handsetnya.. Aduhhh.. mamat sewel ni… pe dia nakkkk… Aishhhh!


***


Helwa jalan beriringgan Cikgu Reeza di koridor sekolah.

“REEZAAAA…!!”

Helwa memberhentikan langkahnya dan menoleh ke arah suara itu. Sekumpulan lelaki menuju ke arah mereka. Hensemnya.. Kumpulan apa ni?? Bola sepak ke?? Tapi baju uniform bola sepak bukannya macam ni.. smart giler.. tinggi pulak tu.. memang my type lerr.. wahhh.. dia lambai laa.. pesal aku gedik semacam ni. Helwa mengangkat tangannya untuk membalas lambaian itu.

Eh eh..  nak pergi mana tu.. Sekumpulan lelaki itu berjalan melintasi Helwa. Ada seorang lelaki yang berambut panjang tersenyum sinis kepadanya..

“Reeza.. kau buat pe kat sini?? Lama kitorang tunggu kau.. kau ambik baju ke buat baju?” Ooo.. Kawan Cikgu Reeza rupanya.. Malu sihh...

“Siapa minah ni? ” lelaki yang senyum sinis tadi bersuara. What!! Excuse me!! Dia panggil aku minah. Tak boleh jadi ni 

“EHH!!” belum sempat Helwa menyambung cakapnya sudah disampuk oleh seorang lagi kawan Cikgu Reeza.

“Wehhh. dah lambat ni.. Performance kita sekejap lagi nak start. kau pun belum siap lagi ni.” Lelaki yang memakai topi putih terus menarik tangan Cikgu Reeza dan melangkah meninggalkan Aurora.

“Cikguuuu!!” jerit Helwa.

Serentak keenam-enam jejaka di hadapan Helwa berpusing. Berkerut-keri dahi mereka kecuali Cikgu Reeza tetap dengan muka selamba dia, macam tak ada apa-apa yang berlaku..

“Cikgu? Mana cikgu?? Tanya mamat yang menggelar Helwa minah tadi.

“Tuuu..” muncung mulut Helwa menunjuk ke arah Cikgu Reeza..

“Dia??" mamat tu menunjuk Reeza. Helwa sekadar menganggukkan kepalanya.

"Bila masa kau jadi cikgu??" soal mamat tu lagi kepada Cikgu Reeza. Cikgu Reeza hanya menjungkitkan bahunya.

“AHAHAHA.. biar betul... ” Bergema mamat tu gelak. Ditambah dengan gelak mamat yang lain.. tapi tapi.. mamat yang pakai topi tu diam je.. serious gaban muka dia..

Wait wait.. mamat ni kena kan aku laa ni.. kurang asam.. yang aku pikir dia cikgu pesal.. aduhh.. muka dia muda macam tu pun aku bleh pikir dia cikgu!! dengan hati yang panas Helwa melangkah laju menuju ke mamat-mamat di hadapannya itu. Semua tinggi-tinggi, terpaksa Helwa mendongak kepalanya sedikit.

“Kauuu!!!” jari telunjuk Helwa di tunding ke muka Cikgu Reeza… no no no.. I mean Reeza je..

“Yup??” dengan muka selamba Reeza

“kau kena kan aku ye!!”

“Eh! kau terkena ke?" Reeza buat muka bodoh.

"Jangan nak main-main lah! kau tak tahu aku siapa! Just beware!"

"Puteri Helwa Batrisya. Anak bungsu Tan Sri Ibrahim. Budak yang selalu kena buang sekolah. Siapa tak kenal"

"Kau ni kenapa eh! Saja nak carik gadoh dengan aku ke! Dah lama sangat makan pakai sudu ke sampai nak merasa makan pakai tube!"

"Kenapa, best ke makan pakai tube? Kau pernah rasa ke?"

"Kau jangan nak cabar aku!" bentak Helwa.

" wuuuuu~~ takut nye~”

“Wehh.. sudah laa tu. Sebelum perang ke tiga meletus baik kita blah sekarang. Dah lambat ni..” sekali lagi tangan Reeza kena tarik oleh mamat yang sebelumnya.

Terpinga-pinga Helwa kena tinggal macam tu je.

“SEWELLLLLLLLLLLLLLLLLL!!” jerit Helwa lantang. Dari jauh dia nampak Reeza melambai-lambai tangannya dari belakang.


***


“Wooiiiiii!! Tidur ke..” terkejut Helwa dengan sergahan itu…

“Dari mana kau dapat number aku?" jawap Helwa kasar.

“kat mana eh? Jap jap.. aku pikir dulu.. hmmmm" Reeza ketawa perlahan di hujung talian.

"Aishhh.. kau nak main-mainkan aku eh?!" Sergah Helwa sehingga membuatkaan Reeza terdiam seketika.

"Kau ni.. Cakap sopan sikit boleh tak??”

“So what!! None of your things!!”

“Ye laa tu.. none of my things.. yang ko jerit-jerit tu boleh pekak telinga aku tau tak.. telinga ni my things ok”

“HA HA HA.. ada aku kesah” gelak Helwa.. confirm tak ikhlas..

“Betul kau tak kesah?? How about this.. ko tak kesah kalau aku pecah rahsia kau pasal kau Tan Sri Ibrahim?”

Mampus.. abis laa aku kalau pecah rahsia aku tu.. hancur plan aku.. eee.. mamat ni… benci benci benci!!

“Pecah lah kalau berani!" cabar Helwa

"Sure?"

"Aishh ! Pe ko nak aaa??!!” bentak Helwa

“Good question but boleh tak cakap tu slow sikit. Bingit telinga aku” terdengar gelak mamat tu.

Eee.. mamat ni memang nak kena siku kot.. geramnya.

“Aishh.. so kau nak apa?” kata Aurora perlahan.. sabar.. sabar..

“Kan bagus tu.. hehehe… Senang je.. Esok masa break time jumpa aku kat room A.. jangan lambat! Sharp at ten!!”

“kat…” klik!.. “….mana room tu?” tut… tut.. tut.. talian dah ditutup..

“Aarrggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! Gerammmmmm gerammmmm gerammmmmmm!!” Helwa menumbuk-numbuk bantal.

Cik Unik 2

Helwa melangkah pelahan ke koridor sekolah. Dia memerhatikan sekeliling kawasan sekolah yang lenggang itu. Kosong.. Berdebar-debar juga jantungnya  memikir tentang reaksi pelajar dan guru tehadapnya nanti.

Aahhh.. pedulikan laa.. i'm new here as new student.. wahhh.. bangganya aku.. he he.. aku akan terus kan rancangan ku.. Semangat Puteri Helwa Batrisya!! Lets play the game..

Dia melangkah dengan lebih semangat..

Pertama, tempat dituju.. hmmm.. nak pergi mana ekk.. haaa!! Bilik guru..


**********


Bilik guru.. Helwa melihat tanda yang terpapar di depan pintu di hadapannya. Pintu diketuknya perlahan. Tiada jawapan. Diketuknya lagi. Masih senyap. Makin kuat. Aikk! senyap jugak?? Pekak ke cikgu sekolah ni?? Tanpa membuang masa. Pantas tangannya memusing tembol pintu dan dibukanya secara perlahan-lahan. Dan dengan perlahan-lahan juga kepalanya menjenguk ke dalam bilik itu. Berkerut dahinya melihat suasana di dalam bilik cikgu itu

“Ehhh…. Kosong?? Mana dorang ne?? tak kan satu cikgu pun takde..” cuti sekolah kee?? Tak kan laa.. cuti penggal dah habis. cuti ujung tahun lama lagi kan.. exam pun belum..

“Awak!!”

Gulp! Siapa tu??

Terkejut Helwa. Tegak terus badannya mendengar sergahan itu. Pelahan-pelahan pusingnya badanya itu sambil menundukkan mukanya. Tak sanggup rasanya untuk melihatkan wajahnya ketika itu. Boleh pengsan orang tu nanti melihat wajahnya yang agak hodoh itu.

“Awak buat pe kat sini? Kan semua pelajar sepatutnya berhimpun ke dewan besar! Awak ponteng ye!”

"Mak aii.. Ni yang ku geram ne.. tak payah laa jerit-jerit.. dia ingat aku pekak ke?! Nanti kau.. aku bagitau papa baru kau tau" bisik Helwa pelahan

"Apa, cakap sekali lagi" tegas lelaki itu

“Err.. sa.. saya budak baru.. kat… sini.. Baru je sampai…” Wahh.. pandainya aku belakon.. Tersenyum simpul dia disebalik wajah yang menunduk.

“Oo.. budak baru.. baru sampai??" Helwa sekadar menganggukkan kepala..

“lambatnye.. first sekolah dah pandai datang lewat.. Masuk!!”

Tercengang Helwa dengan arahan lelaki itu. 

"Masukk??? nak masuk mana?" 

"Masuk ofis lah, buat late attendance!" lelaki itu berjalan ke dalam ofis melintasi Helwa. Ohh.. masuk bilik cikgu rupa nya.. cikgu rupa nya mamat ni.. tapi nampak muda je.. Dia mengekori lelaki itu tanpa bantahan.


**********


Helwa berjalan mengikut belakang lelaki itu. Eh eh.. biar betul.. tinggi nye mamat?? Kalau aku 170cm.. so cikgu ne mesti dalam 178 or 180cm.. aku yang tinggi ni pun paras bahu dia.. Sempat lagi Helwa menilik lelaki di hadapannya itu.. wahhh.. cutenye.. mata dia sayu je.. hidung pun mancung.. waaahhh.. bibir dia.. bersih jee.. mesti tak merokok nie.. rambut pun ada…..….

“Dah khatam awak tilik muka saya??” tersentak dia mendengar lelaki tu bersuara.. Aduhh.. dia perasan ke aku tengok dia.. maluuuu sihh.. 

Cikgu lelaki tu kelihatan membelek-belek sebuah buku…

“Tulis nama awak kat sini.. Isi semua tempat kosong tu.. Ikut je yang ada kat atas tu” Aurora sekadar mengangguk kan kepalanya.

Puteri Helwa Batrisya binti.. eh eh.. tak payah bagi nama papa laa.. kang terkantoi.. abis plan aku.. Helwa meneruskan lagi mengisi semua tempat kosong. Setelah selesai, dikembalinya buku itu kepada cikgu lelaki tadi.

“Puteri Helwa Batrisya?!!” muka lelaki tu sedikit terkejut.. Aishh! mamat ni kalau tak jerit tak boleh ke.. boleh pekak aku kalau macam ni..

“Ye.. Tu nama saya. Kenapa cikgu? Ada masalah ke?” Helwa pura-pura bertanya, padahal dia pasti cikgu itu sudah tau dia siapa.

“Cikgu??” sahut cikgu itu perlahan. Berkerut-kerut dahi cikgu itu. Bibirnya mengukir senyum perlahan. Wahhh.. cute nya dia senyum. Ada lesung pipit kat dekat pipi kiri dia.

“Hurmmm.. Your dad Tan Sri Ibrahim ke??”

“Yup” Eh! opss!! kantoi!! Pesal mulut ne… celupar betul!! Helwa menampar-nampar sikit mulut nya..

Tak semana-mana lelaki itu bediri dari tempat duduknya.

"Kenapa kalut sangat ni??" Haa.. baru kau tau aku siapa.. nak tergelak Helwa melihat reaksi spontan cikgu itu tapi ditahannya.

Nevermind… yes.. I’m his daugther… Ada problem ke?” Aurora membuka kacamata dan gigi palsunya sebentar dan memasangnya kembali.

“tak de.. tapi….” Aduhh mamat ni.. sibukk je tapi-tapi..

“Sshhhh.. jangan banyak tanya boleh tak?” Bulat terus mata lelaki tu. Mungkin terkejut perubahan Helwa yang mengejut itu. Wahhh.. besarnya mata.. tak kan tu pun takut pakcikkkk.. ha ha ha..

“Ni.. Saya nak mintak tolong satu. Tolong jangan heboh pasal hal peribadi saya. Saya tak suka. Just keep your mouth shut about this.. boleh kan?” Helwa mengayakan mulutnya kena zip.. Teranggung-anggung cikgu lelaki tu.

“Ok cikgu…..” Helwa berhenti di situ, terangkat keningnya sedikit. jari telunjuk diletakkan di bawah dagu. Dia berfikir sejenak. siapa nama cikgu ni..

“Amirul Shahreeza… Panggil Reeza” disambut oleh lelaki itu.. wahh.. pandai tangkap..

"Amirul Shahreeza??!!" Kali ini dia pulak yang terkejut.

"Yes. thah's my name.. Kenapa? Ada masalah ke?" Aikk Cikgu ni. sengaja lah tu nak ajuk cakap aku tadi.

“Tak ada apa-apa. by the way.. Cikgu boleh tak padam nama saya tu. Thank you.." Pandai-pandai dia bagi arahan tanpa rasa hormat.

Helwa mengenyitkan mata di sebalik kacamata tebalnya itu sambil tersenyum kecil. Seperti biasa cikgu Reeza hanya menganggukkan kepala nya.. Tadi bukan main garang lagi.. sekarang.. ha ha ha.. Tergelak dia melihat cikgu Reeza.

Cik Unik 1

“TADAAAAA…. ok tak auntie??” Helwa berpusing menggayakan diri di depan Auntie Liya.

“Betul ke Wawa nak pakai macam ni lagi??” berkerut dahi Auntie Liya melihat cara Helwa berhias, dengan tocang dua, reben besar di tambah dengan gigi palsu yang tak tersusun menghiasi gignya dan tak tinggal dengan kaca mata tebal yang ditempah khas untuk dia pakai walaupun matanya sedia ada tidak mempunyai masalah penglihatan langsung. Sekali pandang ada macam muka Betty yang belakon dalam cerita ugly Betty.

"Dah siap macam ni.. Mestilah betul Auntie.. Lepas ni kalau lelaki tu tengok Wawa hodoh macam ni confirm dia tak nak kat Wawa"

“Ye la ye laa. Tapi Wawa tau ke dia siapa?"


"Erkkkk.. tak.." Helwa mengaru kepalanya yang tak gatal. Memang dia tak pernah ambil tahu tentang lelaki itu. Tiba-tiba semalam papa suruh jumpa dan berkenalan dengan bakal tunangnya itu. Terkejut jugak dia tapi nak membantah memang dia tidak berani. Segala keputusan Tan Sri Ibrahim memang tidak dapat dibangkang, confirm bergegar satu rumah kalau Tan Sri Ibrahim naik angin.

"Tapi kata papa, dia satu sekolah dengan Wawa"

"Ohh.. dah dah.. tengok jam tu pukul berapa. dah lewat sangat ni"

"WHAT!! Kenapa auntie tak sound Wawa awal-awal” Bulat mata Helwa melihat jam dinding yang menunjukkan sudah pukul 8.20 pagi.. Aduh, first sekolah dah lewat.. abis aku!! Helwa menggaru kepalanya.

Kelam kabut Helwa menyarungkan kasut sekolahnya dan terus berlari berlari keluar dari bilik.


**********


Sampai di pintu utama, Helwa terus menuju ke Uncle Halim, driver sejati papa tapi dah jadi drivernya mulai hari ini.

“Uncle, cancel plan lah.. Wawa ikut uncle je arini.. dah lewat ni.. Balik nanti Wawa bawak basikal tu..” Uncle Halim hanya menganggukkan kepalanya.

Rancangan awal Helwa untuk ke sekolah menggunakan basikal itu tidak menjadi. Alasan Helwa supaya dia tidak nampak mewah. Plan yang agak pelik jugak dan agak tidak munasabah.

“Basikal tu Uncle bawak nanti je laa.. letak je kat parking sekolah.. pandai-pandai uncle la ekk, Mesej Wawa kalau dah buat semua tu..”

“Baiklah cik Helwa”

“Helwa. Jangan buat hal tau.. jangan nak gadoh-gadoh lagi” terkejut Helwa dengan sergahan Auntie Liya yang tiba-tiba itu.

“Ye laa Auntie.. tapi tak promise tau” terus Helwa masuk ke dalam kereta yang pintu sudah tersedia dibuka oleh Uncle Halim. Sempat jugak dia mengenyit mata dan menunjukkan tanda dua ke auntie liya. Peace!

“Cepat laaa Uncle.. Wawa dah lewat ni”