MEREKA

Cik Unik 4

Helwa menuju ke kelas beriringan dengan seorang cikgu perempuan.

"Helwa, ini kelas kamu. Saya hantar kamu sampai sini saja. Kamu masuk sendiri saja ye. Dah ada Cikgu yang tunggu kamu dekat dalam dan dia dah tahu awak akan masuk kela ini" Jelas Cikgu itu sebelum meninggalkan aku terpinga-pinga.

Biar betul? Aku kena masuk sorang-sorang? Helwa tarik nafas dalam-dalam. Cuba untuk menenangkan perasaan. Dengan perlahan-lahan dia mengetuk pintu kelas. Seusai memberi salam dia  melangkah masuk sambil menundukkan sedikit wajah. Seram sejuk pulak dia rasa.

"Puteri Helwa Batrisya" sapa cikgu yang berasa di dalam kelas tersebut.

"Ye saya" jawap Helwa sedikit tenang. Tergamam sekejap apabila melihat muka cikgu tersebut. Wahh.. handsomenya cikgu ni. Memang sekolah ni ramai yang handsome-handsome ke?

"Come here. Saya Sir Adam. I'm your Geography teacher" Sir Adam menghulurkan salam dan laju-laju Helwa menyambutnya.

"Ok attention students, we have a new student here. So Miss Helwa, please introduce yourself"

"Hai. I'm Helwa... hermmmm"

Tiba-tiba terdengar ada suara mencelah.

"Nama penuh apa? Sebelum ni sekolah kat mana? Kenapa pindah sini? Tinggal kat mana? Ayah kerja apa?" tanya perempuan itu bertalu-talu.

"Hamboi Maya. Banyak betul soalan awak. Kesian Helwa kena jawap semua tu" kata Sir Adam. Helwa sudah maki akal. Dia perhatikan saja perempuan yang bernama Maya itu. Takkan aku nak cakap papa aku bekerja sebagai CEO syarikat yang mempunyai banyak cawangan di seluruh dunia. Tambahan pula papa pemegang saham terbesar sekolah ni. Kalau aku sebut nama pasti mereka tahu.


"Hurmm, nama penuh Helwa Batrisya, ayah saya bekerja sebagai driver. berasal dari..."


"Kampung orang asli?" Maya mencelah, disusuli dengan gelak tawa rakan sekelas yang lain. "Sir, sejak bila sekolah ni jadi sekolah orang asli" tambah Maya lagi.

Dumm Dummm!


Sir Adam menupuk meja beberapa kali  bagi memberhentikan ketawa mereka.


Suasana bertukar jadi sunyi.

"Maya Natasha! Tak baik cakap macam tu. Minta maaf dekat Helwa, sekarang!" Tengking Sir Adam. Makaihh, garangnya Sir Adam ni. Aku sendiri pun kecut perut dengar dia marah

"Minta maaf!" balas Maya dengan muka yang masam. .

"Umm. Baiklah. Kamu semua dah kenal dengan Helwa kan? Helwa, awak boleh ambil tempat duduk di sebelah Farah" Helwa hanya menganggukkan kepala.

"Untunglah Farah ada bestfriend baru" Usik Maya. Helwa hanya menaikkan sebelah keningnya memandang sinis ke arah Maya. Baginya gurauan Maya sangat tidak kelakar. Kecik besar kecik besar saja aku tengok minah ni. Sabar Helwa. 



****



Lonceng baru saja berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. Sebelum kelas tamat, Sir Adam datang menuju ke arah Helwa dann berhenti di hadapan meja dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Coolnya~



"Yes Sir Adam, ada benda yang boleh saya bantu" Soal Helwa dengan mata yang terkelip-kelip. Perasan comellah kau Helwa. Helwa mengutuk diri sendiri.


"Helwa, macam mana kelas tadi? Boleh masuk tak?"

"Setakat ni boleh sikit-sikit"

"Kalau ada benda yang tak faham dan kurang pasti, awak boleh tanya directly dekat saya" beritahu Sir Adam dengan member senyuman sebelum beredar dari kelas. Helwa tergamam seketika.

"Helwa, tutup mulut tu" tegur Farah yang duduk di sebelah Helwa.

"Handsome kan dia" puji Helwa ikhlas

"Memang, Dia satu-satunya cikgu yang paling handsome dekat sekolah ni Ramai student perempuna minat kat dia tau. Nak tiap-tiap hari dia dapat hadiah tau tapi dia tak layan"

"kenapa?" his a gay? soal Helwa dalam hati

"Entahlah, saya pun tak tahu sangat. Maybe dia dah ada someone special or or lets think positive. Maybe dia malas nak layan perempuan-perempuan gedik much"

"Tapi dekat sekolah ni ramai yang handsome tau" sambung Farah.

"Siapa? Don't tell me  lagi handsome dari Sir Adam" Helwa buat muka teruja.

"kira kategori handsome macam Sir Adam"

"Whay? Who else?"

"You know what. Dalam sekolah ni ada satu group yang di gelar "The Hottest Man" or shortform dia THM. " tak semena-mena Helwa tergelak besar Awat buruk sangat nama group dorang tu. ahahaha!

"Opss sorry, tergelak. no offence" Helwa cuba menahan gelaknya.

"It's okay. Sekarang awak gelak but will see macam mana awak jumpa mereka nanti.  Nama group tu pun peminat die-hard mereka yang bagi. Memang ramai yang melting  bila tengok mereka. Dah macam artis pun ada"

"Dan awak termasuklah jugak dalam katogeri peminat die-hard THM ni" Laju Farah menganggukkan kepalanya.

"So ramai-ramai tu awak minat yang mana?" Soal Helwa lagi

"Reeza"

Mendengar nama Reeza laju saja Helwa teringat dengan janji mereka semalam. Alamak! Tanpa mempedulikan Farah terus dia lari keluar dari kelas


***


"Mana satu room A ni. Dah abis satu sekolah aku round." Gumam Helwa seorang diri. Dia melirik ke jam tangannya.

“Dah sepuluh enam belas minit ni. Haish! Mamat ni pun satu lah. Macam tak tahu aku new student kat sini"

Helwa melangkah laju tanpa mempedulikan mata-mata yang memerhatikannya..


BUKKK!! Auchhhh.. Siapa pulak langgar aku ni.. Aku punya la tinggi pun dia langgar..


“Wehh!! Buta ke langgar-langgar orang!!” bentak gadis yang dilanggar Helwa. Makk aii.. sedapnya mulut dia kata aku buta. Siapa minah ni.. Nak mark muka dia.. eh eh… Betul-betul Helwa memerhatikan gadis yang dilanggarnya tadi.. Maya ke?

“Woii!! ko tenung pe??”

“Makcik..” suara Helwa perlahan

"Excuse me.. Kau panggil aku makcikk.. sini kau!!” rambut Helwa yang bertocang dua itu ditarik oleh 'Makcik' tersebut

Ouchhh.. sakit ler!! Makcik ni kalau becakap, tangan dia tak pandai duduk diam. Bisik Helwa di dalam hati

“Wait wait wait.. kau panggil dia makcik??” ada satu suara lagi menyampuk

“Tasya. Dia panggil kau mak cik lah. Macam kawan kita si Wawa pulak" sambungnya lagi

"Hai.. saya Siti Nurhana.. panggil je..” Spontan Helwa terus memeluk 'Makcik' yang bernama Tasya itu.

“Chop chop” Tasya cuba melepaskan diri dari dipeluk Helwa “Don’t tell me that you are Putri Helwa Batrisya” sambung Tasya dan Helwa mengangguk laju.

“Wawaaaaaaaa!!!” Mereka berpelukkan kembali.. perempuan jumpa perempuan mesti nak jerit-jerit dan terlompat-lompat.. hahaha.. Tapi siapa tak gembira wehhh jumpa member sehati sejiwa macam mereka ni..

“Tasya. Kau peluk dia. Kau biar betul. Kau demam eh?” terdengar lagi suara tadi sambil tangannya diletakkan ke dahi Tasya.

“ Aduii.. slow pick up betul la kau ni. Salah ke aku peluk kawan aku sendiri” tangan Hana ditolak Tasya perlahan. Helwa sekadar tersenyum melihat gelagat kawan baiknya itu.

“Aku kawan kau kan? Tapi kau tak peluk pun. And and and sejak bila budak ni jadi kawan kau aaa??” dengus Hana, tidak puas hati.

“Wehh.. Apa bengap sangat kau ni.. kan kau sendiri cakap yang dia ni Helwa”

“Aku cakap je.. tak kan la dia betol-betol Helwa”

“Dah dah.. biar aku explain kat sipuuut ni..” sampuk Helwa. Sengaja dikuatkan suaranya diperkataan 'siput'

“Tasya.. dia panggil aku siput laa…” kata Hana sambil menepuk-nepuk tangannya. Ada ke gembira orang panggil dia siput.. Hana Hanaa...

"So??” balas Tasya dengan keningnya sedikit terangkat.

“Apa yang so?” jawap Hana dengan muka bingung.

“Aduhh.. aku pikir dia faham dah” Tasya menepuk-nepuk dahinya.

“Hello siput.. memang aku Helwalah.. Puteri Helwa Batrisya. Takkan kau dah tak ingat kat aku..”

“Tapi…..” Terus Helwa tarik Hana dalam pelukkannya. Well.. tiga sahabat bertemu kembali.. asiiikkkkk..

Jap jap.. baru aku perasan.. Helwa lihat sekeliling.. What!! Aurora melepaskan pelukkan.


**********


“Korang buat apa kat sini??” soal Helwa dengan teruja melihat kawan karibnya yang kini duduk disebelahnya. Tasya sebelah kanan dan Hana pula sebelah kiri.

“SURPRISE!!!!” jerit Tasya                                                                                                                                                                                  
“pe yang surprise??” Aduhhh siput betul laa..

“Elehh. Macamlah kau tak tau. Kami ikut kau lah. Macam biasa. Macam dulu-dulu” Tasta menambah tanpa mempedulikan soalan Hana.

“Tapi haritu bukan main lagi korang eh. Tak dapat join aku pindah konon. Kau pun komplot dengan abang aku eh?”

“Apa-apa saja lah. Kami pun pandai belakon jugak tau. Bukan kau je.."

“Tapi betul-betul aku fikir korang serious giler tak dapat join aku”

“That’s mean acting kami berjaya. Tapi time tu aku takut gak acting kami tak menjadi”

“Kenapa pulak?”

“Aku takut jugak mana tau tiba-tiba siput dia muncul” Usik Tasya sambil menunjuk ke arah Hana

“Siput muncul? Mana? Mana?” terpinga-pinga Hana melihat sekeliling.

“Ni kat sebelah aku” balas Helwa dan macam biasa Hana masih juga dengan muka blur dia.

“So here we are.. Just for you my dearest bestfriend. The end” sambung Tasya

“Kan kita sahabat sampai bila-bila. Nobody can separate us. Remember that darling” tambah Tasya.

“betol betol betol” sampuk hana. Wahhh.. dah charging budak ni.. hehehe

“By the way Wawa. Takkan kita nak lepak kat tepi tangga ni. Jom pergi cafĂ©. Lapar ni..” rungut Tasya

“Tak nak lah aku..” Jawap Helwa.

“Lorhhhhh.. Kenapa pula? Kami lapar ni cari kau dari tadi..” sampuk Hana

“Better aku tak join..” Tiba-tiba Helwa tergelak mengingatkan peristiwa kelmarin

“wehh… Apa ni gelak sorang.. Share-sharelah beb”

“Macam ni…. “ Dengan sisa ketawa Helwa menceritakan kisah yang terjadi kelmarin..

2 ulasan: